KOTA TINGGI: Atlet duathlon negara, Tahira Najmunisaa Muhammad Zaid, tidak meletakkan sasaran yang tinggi namun hanya mahu memperbaiki catatan masa pada saingan Ironman 70.3 Desaru Coast, di sini, esok.
Tahira Najmunisaa, 34, menganggap perlumbaan kali ini lebih mencabar kerana beliau perlu membahagikan masa untuk menjalani latihan antara Ironman 70.3 dan Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh.
Wanita besi, yang juga ibu kepada empat anak itu, berkata biarpun hanya menamatkan saingan di tempat ke-enam dengan catatan masa 1:07:37s pada Sukan SEA tahun ini, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk menyertai Kejohanan Ironman kali ini.
"Kejohanan Ironman ini memang berbeza sedikit kerana cuaca agak panas berbanding tahun lepas, bagaimanapun, cuaca di Kemboja lebih terik dan saya akan gunakan pengalaman itu sebagai persediaan untuk esok.
"Walaupun agak keletihan kerana baru tiba dari Kemboja tetapi saya bebas daripada sebarang kecederaan, itu yang membuatkan saya bersemangat untuk menyertai kejohanan di Desaru Coast ini," kata pemenang pingat perak duathlon wanita Sukan SEA Hanoi 2022 itu, di sini, hari ini.
Sementara itu, atlet kebangsaan Chong Yoong Thiang, 27, berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya pada tahun lepas pada saingan hari ini bagi kategori lelaki 5150 Triathlon.
"Saya tidak menjangka dapat mengekalkan kejuaraan pada tahun ini, kerana cuaca yang agak panas. Saya gembira apabila berjaya menamatkan disiplin renang sejauh 1.5 kilometer, berbasikal 40 kilometer dan berlari sejauh 10 kilometer," katanya.
Juara kategori wanita bagi acara 5150 Triathlon dimenangi oleh Leanne Szeto Slomo, 32, dari Australia.
Ironman 70.3 Desaru Coast merupakan kejohanan sukan lasak yang diadakan selama tiga hari bermula semalam hingga esok melibatkan tiga disiplin iaitu berenang, berbasikal dan larian.
Selain Ironman 70.3, tiga kategori dipertandingkan iaitu acara Ironkids, 5150 Triathlon dan Sprint Triathlon melibatkan 1,256 peserta antaranya dari Malaysia, Singapura, India, Australia, Jepun dan beberapa negara Eropah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023
Tahira anggap perlumbaan kali ini lebih mencabar kerana perlu membahagi masa untuk menjalani latihan antara Ironman 70.3 dan Sukan SEA Kemboja. - Bernama
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.
PM Jepun Ishiba adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Khamis.
Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal di Tanah Merah
Dua maut manakala seorang cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah.
[TERKINI] Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa membunuh
Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah majistret Mersing atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam but kereta bulan lalu.
tenaga kerja, buruh, teknologi, masa depan pekerjaan, Buletin AWANI
Profesor Sumber Manusia & Hubungan Industri, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Balakrishnan Parasuraman mengupas berkenaan masa depan tenaga kerja negara termasuk melihat kepada cabaran, peluang dan ruang penambahbaikan.
Pasang kamera papan pemuka untuk tingkat keselamatan jalan raya - Lee
Pemilik kenderaan di negara ini digesa untuk memasang kamera papan pemuka (dashcam) sebagai langkah keselamatan penting.
Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta
Hasbullah didakwa membunuh Shakirin di tepi jalan KM48, Jalan Jemaluang Kahang, antara 6.10 pagi 26 Dis 2024 dan 1.50 tengah hari 28 Dis 2024.
Malaysia akan fokuskan kepimpinan ekonomi berasaskan nilai - PM
Langkah itu mencerminkan komitmen Malaysia sebagai peneraju kepimpinan ekonomi berasaskan nilai.
Anak Shin Tae-yong dedah sebab bapanya pilih Indonesia
Anak bekas pengendali Indonesia, Shin Jae-won, berkongsikan perasaannya yang berasa hiba selepas tempat ayahnya, Shin Tae-yong digantikan.
ASEAN perlu berupaya pacu pertumbuhan ekonomi global - PM
Tegas Anwar, ASEAN tidak lagi boleh sekadar menjadi pemerhati, tetapi perlu menjadi peneraju dalam membentuk hala tuju ekonomi serantau.
Raih gelaran Ironman Malaysia pada usia 61 tahun
USAHA yang konsisten dan belajar daripada kelemahan lalu menjadikan seorang lelaki berjaya meraih gelaran Ironman Malaysia pada usia 61 tahun.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
Dua peserta triatlon masih dalam rawatan di Hospital Sultanah Maliha
Dua peserta kejohanan triatlon, Ironman yang berlangsung di Langkawi semalam masih dirawat di Hospital Sultanah Maliha (HSM), di Langkawi.
'Avengers: Endgame' dijangka pecah semua rekod kutipan, RM8 juta di Malaysia sahaja
Filem itu mungkin melakar sejarah dengan kutipan lebih RM4 bilion di seluruh dunia pada minggu pembukaan.
Trailer 'Avengers: Infinity War' trending, peminat mula kongsi ramalan jalan cerita
Trailer 'Avengers: Infinity War' kini mendapat hampir 30 juta jumlah tontonan di laman YouTube Marvel Entertainment.
Warga emas sertai Ironman, tunai hasrat arwah rakan karib
Ahmad Fadzil yang merupakan pesara kerajaan berkata dia dan rakan baiknya, Muhammad Zubir Zainal Abidin telah membuat perancangan untuk menyertai kejohanan Ironman pada tahun 2009.
'Spider-Man: Homecoming' catat kutipan lebih RM15 juta di Malaysia
Filem "Spider-Man: Homecoming" merekod kutipan lebih $15 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan di Malaysia.