Bertitik mula daripada kematian rakannya yang lemas ketika menyertai kejohanan triathlon pada 2007, Ahmad Fadzil Samsudin, 65, akan menyertai Kejohanan Ironman Langkawi 2017, Sabtu ini selepas 10 tahun mengumpul semangat untuk meneruskan hasrat rakan baiknya itu.
Ahmad Fadzil yang merupakan pesara kerajaan berkata dia dan rakan baiknya, Muhammad Zubir Zainal Abidin telah membuat perancangan untuk menyertai kejohanan Ironman pada tahun 2009 sebelum impian tersebut musnah selepas rakannya itu lemas.
"Kami berkawan sejak zaman sekolah lagi dan menyambung pelajaran tinggi bersama-sama. Pada 2007, arwah yang menyertai kejohanan triathlon di Pork Dickson telah ditemukan lemas semasa melakukan disiplin berenang dan sejak itu hasrat kami tertangguh.
"Tetapi, dalam masa yang sama saya dapat rasakan bahawa arwah mahu saya teruskan impian yang kami buat dahulu dan sebab itu, selepas 10 tahun saya akhirnya akan menyertai kejohanan ini untuk diri saya dan juga arwah," katanya kepada pemberita di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini, pada Khamis.
Katanya, dia tidak meletakkan sebarang sasaran namun ingin memastikan dirinya dapat menamatkan ketiga-tiga displin perlumbaan iaitu berenang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km.
Bapa kepada lima anak itu berkata walaupun trauma selepas rakannya meninggal dunia, dia berusaha untuk mengatasi perasaan tersebut dengan menyertai kejohanan triathlon di Melaka pada tahun 2016 tanpa pengetahuan keluarganya.
"Masa mulanya, saya sertai secara senyap-senyap tetapi sekarang keluarga sudah tahu dan mereka memberi sokongan yang padu kepada saya. Mereka tidak bimbang kerana tahu saya memang boleh dan mampu untuk sertai kejohanan ini.
Saya mula berlari dan mengayuh basikal sejak 12 tahun lalu jadi saya yakin dengan persediaan latihan sejak beberapa bulan lalu mampu membantu saya untuk sampai ke garisan penamat nanti," katanya.
Katanya, walaupun yakin mampu tiba di garisan penamat dalam waktu yang ditetapkan, dia merasakan berenang merupakan disiplin paling sukar kerana kuak renangannya tidak semahir atlet-atlet yang lain namun dia akan cuba sedaya upaya.
Ahmad Fadzil berkata dia akan mendedikasikan kejayaannya kepada arwah rakan baiknya itu apabila berjaya tiba di garisan penamat nanti.
--BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2017
![Warga emas sertai Ironman, tunai hasrat arwah rakan karib Warga emas sertai Ironman, tunai hasrat arwah rakan karib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81472890349_DataranLang.jpg)
Kejohanan Ironman Langkawi 2017 bakal berlangsung Sabtu ini. - Gambar fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Raih gelaran Ironman Malaysia pada usia 61 tahun Raih gelaran Ironman Malaysia pada usia 61 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729225222_TajudinMustaffaIr.jpg)
Raih gelaran Ironman Malaysia pada usia 61 tahun
USAHA yang konsisten dan belajar daripada kelemahan lalu menjadikan seorang lelaki berjaya meraih gelaran Ironman Malaysia pada usia 61 tahun.
![Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716195775_VeteranIronman.jpg)
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
![Dua peserta triatlon masih dalam rawatan di Hospital Sultanah Maliha Dua peserta triatlon masih dalam rawatan di Hospital Sultanah Maliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696760247_TBlemasIronman.jpg)
Dua peserta triatlon masih dalam rawatan di Hospital Sultanah Maliha
Dua peserta kejohanan triatlon, Ironman yang berlangsung di Langkawi semalam masih dirawat di Hospital Sultanah Maliha (HSM), di Langkawi.
!['Avengers: Endgame' dijangka pecah semua rekod kutipan, RM8 juta di Malaysia sahaja 'Avengers: Endgame' dijangka pecah semua rekod kutipan, RM8 juta di Malaysia sahaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81556436895_AvengersEndgame.jpg)
'Avengers: Endgame' dijangka pecah semua rekod kutipan, RM8 juta di Malaysia sahaja
Filem itu mungkin melakar sejarah dengan kutipan lebih RM4 bilion di seluruh dunia pada minggu pembukaan.
![Trailer 'Avengers: Infinity War' trending, peminat mula kongsi ramalan jalan cerita Trailer 'Avengers: Infinity War' trending, peminat mula kongsi ramalan jalan cerita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81512009169_Avenger.jpg)
Trailer 'Avengers: Infinity War' trending, peminat mula kongsi ramalan jalan cerita
Trailer 'Avengers: Infinity War' kini mendapat hampir 30 juta jumlah tontonan di laman YouTube Marvel Entertainment.
![Warga emas sertai Ironman, tunai hasrat arwah rakan karib Warga emas sertai Ironman, tunai hasrat arwah rakan karib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81472890349_DataranLang.jpg)
Warga emas sertai Ironman, tunai hasrat arwah rakan karib
Ahmad Fadzil yang merupakan pesara kerajaan berkata dia dan rakan baiknya, Muhammad Zubir Zainal Abidin telah membuat perancangan untuk menyertai kejohanan Ironman pada tahun 2009.
!['Spider-Man: Homecoming' catat kutipan lebih RM15 juta di Malaysia 'Spider-Man: Homecoming' catat kutipan lebih RM15 juta di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/61498796641_Spiderman.jpg)
'Spider-Man: Homecoming' catat kutipan lebih RM15 juta di Malaysia
Filem "Spider-Man: Homecoming" merekod kutipan lebih $15 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan di Malaysia.