KERAJAAN Negeri Selangor menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) hari ini memaklumkan bahawa mereka telah menerima sebanyak RM40,000 sejak kempen Tabung Solidariti Bersama Selangor FC dilancarkan.

Menurut Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohamad Najwan Halimy berkata, jumlah itu diperoleh dalam tempoh kurang daripada 48 jam dan akan terus dibuka sehingga 2 Julai ini.

Terdahulu, pasukan Selangor dikenakan hukuman atas faktor ketidak hadiran skuad mereka ke perlawanan Sumbangsih menentang juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta'zim (JDT) berikutan tragedi yang menimpa pemain kebangsaan, Faisal Halim.



Inisiatif itu bertujuan memberikan ruang kepada semua rakyat Malaysia dan peminat sukan bola sepak merentasi batas kenegerian untuk menzahirkan dukungan kepada Selangor FC dengan sumbangan sekecil RM1 kepada tabung berkenaan.

*Artikel disiarkan di Stadium Astro