Danny Graham muncul penyelamat pasukan Swansea dengan gol penyamaan di penghujung permainan.

Turun sebagai tuan rumah, Swansea menyandarkan harapan kepada sokongan padu peminat tempatan.

Separuh masa pertama bagaimanapun berlangsung hambar dengan kedua-dua pasukan gagal mendapatkan jaringan.

Permainan bersambung selepas rehat, Swansea terus meningkatkan asakan.

Hasilnya Michu meletakkan tuan rumah di depan dengan jaringan pada minit ke-58.

Tersentak dengan itu, Arsenal bangkit dengan corak permainan lebih agresif.

Lukas Podolski menjadikan kedudukan satu-sama selepas menyempurnakan gerakan membabitkan Theo Walcott dan Laurent Koscielny.

Dua minit berselang, giliran Arsenal pula berada di depan apabila Olivier Giroud mencatat nama selaku penjaring.

Ketika Arsenal berkira-kira untuk ke pusingan seterusnya, Graham menafikan hasrat itu dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86.