Kelab Bola Sepak Inggeris, Arsenal pada Khamis mengumumkan kontrak pengurusnya Mikel Arteta telah dilanjutkan.
Bernama
Thu Sep 12 2024
Kelab Bola Sepak Inggeris, Arsenal pada Khamis mengumumkan kontrak pengurusnya Mikel Arteta telah dilanjutkan. - Gambar fail/AP
ANKARA: Kelab Bola Sepak Inggeris, Arsenal pada Khamis mengumumkan kontrak pengurusnya Mikel Arteta telah dilanjutkan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Jurulatih berusia 42 tahun itu menandatangani kontrak baharu selama tiga tahun dengan Gunners, menurut kenyataan kelab itu.
"Saya rasa sangat bangga, amat teruja dan menantikan apa yang akan datang. Saya bangga berada di tempat saya sekarang dan memiliki hubungan yang erat dengan semua di kelab," kata jurulatih kelahiran Sepanyol itu.
Arteta, bekas penolong pengurus kepada pengurus terkenal Manchester City, Pep Guardiola, mengambil alih jawatan pengurus di Arsenal pada 2019 dan membawa Gunners merangkul kemenangan Piala FA 2020.
Di bawah bimbingannya, Arsenal kembali sebagai pesaing utama Liga Perdana Inggeris.