KUALA LUMPUR: Sukan seni bela diri campuran (MMA) Malaysia akan berusaha melakar kejayaan melalui strategi yang disusun dalam memperkukuhkan sukan itu, tahun depan.
Bagi mencapai matlamat itu, Presiden Persatuan Seni Bela Diri Campuran Malaysia (MASMMAA) Rashid Salleh berkata persatuan akan memberi tumpuan khusus dalam pembangunan di peringkat akar umbi dan atlet arena amatur MMA serta mengalakkan penyertaan wanita dalam sukan seni bela diri itu.
"Tiada acara besar yang disusun tahun ini kerana kita merancang untuk bergabung dan mengatur suatu program pada tahun 2022. Sebaik rentas negeri dibenarkan, kita akan meneruskan usaha untuk memajukan aspek kejurulatihan tempatan MMA.
"Ini akan menjadi sebahagian daripada usaha kami selain mengundang Pengarah Pembangunan Persekutuan Seni Bela Diri Campuran Antarabangsa (IMMAF) Andrew Moshanov untuk mengendalikan kursus," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata dalam arena amatur MMA, atlet kebangsaan seperti Colleen Augustin dan Theeban Govindasamyle akan menjadi antara fokus utama persatuan kerana kedua-dua atlet ini mempunyai peluang meraih pingat.
"Dalam arena profesional MMA, atlet ONE Championship seperti Agilan Thani, Jihin Radzuan dan Keanu Subba, semuanya semakin popular di peringkat antarabangsa. Ketiga-tiga mereka beraksi di Singapura tahun lepas meskipun berdepan pandemik COVID-19," katanya.
"Jihin memperoleh kemenangan memberangsangkan menewaskan bintang Amerika-Vietnam, Bi Nguyen, sekali gus membantu meningkatkan profilnya dalam kancah wanita MMA global. Agilan pula, walaupun kalah, telah mempamerkan peningkatan aksi yang memberangsangkan dalam pertandingan itu ketika berdepan peninju dari Amerika Syarikat Tyler McGuire.
"Kita berharap apabila keadaan kembali normal, kita dapat menyaksikan lebih banyak perlawanan mempamerkan aksi hebat bakat anak-anak tempatan ini," kata Rashid.
Beliau berkata MASMMAA juyga berharap, peminat dapat mengikuti kembali acara sukan itu apabila wabak itu dapat ditangani dan berikrar akan memastikan perlawanan dijalankan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan pihak berkuasa termasuk oleh Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Keselamatan Negara.
Sementara itu, Presiden ONE Championship Group Teh Hua Fung mengakui potensi Malaysia dalam pengembangan atlet profesional MMA dan melahirkan harapan masa depan yang kompetitif untuk sukan itu di negara ini.
"Sejak beberapa tahun ini, ONE Championship telah menganjurkan pelbagai acara di Malaysia dan kita mempunyai ramai bakat MMA yang hebat dari Malaysia seperti Agilan, Jihin dan Keanu. Setelah keadaan kesihatan pulih dan tiada lagi sekatan perjalanan, pastinya kejohanan ini akan kembali ke Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 11 2021

RASHID: Sebaik rentas negeri dibenarkan, kita akan meneruskan usaha untuk memajukan aspek kejurulatihan tempatan MMA. - Facebook / Rashid Salleh

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.

MMA puji tindakan tegas terhadap klinik kesihatan haram
Dr Kalwinder menggesa orang ramai terus berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti kesihatan haram kepada pihak berkuasa tanpa kelewatan.

PFL: Usman Nurmagomedov kekal juara lightweight Bellator
Usman Nurmagomedov berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight dunia Bellator selepas menewaskan Paul Hughes dari Ireland dalam Siri Juara-juara PFL 'Road to Dubai'.

UFC 311: Islam Makhachev kekal kejuaraan, tundukkan Moicano dalam satu pusingan
Islam Makhachev berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan Renato Moicano dari Brazil pada aksi UFC 311, pada Ahad.

Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.

UFC: Belal tarik diri lawan Shavkat
Jangkitan kuman dalam tulang memaksa penyandang juara kelas welterweight UFC Belal Mohammad menarik diri daripada pertarungan utama UFC 310.

Du Plessis sahut cabaran Khamzat
Du Plessis meraih gelaran middleweight awal tahun ini selepas mengalahkan Sean Strickland di UFC 297 menerusi kemenangan kontroversi.

Rahang terkehel, gigi hancur akibat ditumbuk Khamzat
Khamzat tampil dominan dan memanfaatkan skil gustinya untuk mengalahkan Whittaker pada minit ketiga, 34 saat dalam pusingan pertama.

PM bertemu Khabib, bincang isu pembangunan ummah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas juara dunia Ultimate Fighting Champion (UFC) bagi kategori lightweight iaitu Khabib Nurmagomedov.

Kerajaan perlu percepatkan rancangan tambah peruntukan kesihatan - MMA
Rancangan kerajaan untuk meningkatkan peruntukan bagi sektor penjagaan kesihatan negara perlu dipercepatkan pada Belanjawan 2025 akan datang.