PHNOM PENH: Skuad hoki dalam dewan wanita negara mengesahkan tempat ke pentas final selepas menumpaskan Indonesia 4-2 dalam perlawanan terakhir mengikut format 'round robin' pada Sukan SEA 2023 di sini hari ini.
Kejayaan tersebut menyaksikan pasukan wanita kebangsaan mengiringi skuad lelaki yang terlebih dahulu menempah slot ke perlawanan akhir pada Khamis lepas, sekali gus menghampiri misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2019 di Filipina.
Pada perlawanan akhir Ahad ini, skuad wanita Malaysia akan berdepan Thailand yang menduduki tempat kedua pada aksi 'round robin' tersebut.
Dalam aksi petang ini yang berlangsung di Dinosaur Park Hall, Chroy Changvar, pasukan wanita negara mendahului Indonesia seawal minit keenam menerusi pukulan penalti Iren Hussin sebelum pasukan lawan menyamakan kedudukan tiga minit kemudian melalui Desi Wardani.
Iren kembali meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-11 dan Nur Atira Mohamad Ismail melebarkan penguasaan pada minit ke-15, sebelum Nuraini Siguarti merapatkan kedudukan buat Indonesia pada minit ke-20.
Iren terus menampilkan aksi bertenaga apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-27 bagi melengkapkan kemenangan skuad negara.
Ketua jurulatih pasukan wanita negara, Mohd Badrul Hisham Osman ternyata berpuas hati dengan prestasi anak buahnya dan berharap momentum itu dapat diteruskan pada perlawanan akhir menentang Thailand, esok.
"Syukur Alhamdulillah. Semua pemain bermain dengan begitu bagus mengikut apa yang dirancang. Kami akan teliti semula permainan hari ini bagi menghadapi perlawanan akhir esok. Segala kesilapan akan diperbetulkan dan merancang taktikal yang kami akan terapkan ketika menentang Thailand pada final.
"Harapan sudah semestinya kami mahukan pingat emas. Kami harapkan semua pemain bermain sehabis baik dan dalam masa yang sama kami mohon doa daripada peminat hoki di tanah air agar kejayaan memihak kepada kami di sini," katanya.
Sementara itu, skuad hoki lelaki dalam dewan negara turut cemerlang dengan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan 'round robin' apabila menumpaskan Indonesia 3-2.
Bagaimanapun, pasukan lawan terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Candra Prawesti pada minit keenam, sebelum Muhammad Firdaus Omar menyamakan kedudukan pada minit ke-13 dan Muhammad Firdaus kembali meletakkan Indonesia selaku pendahulu pada minit ke-30.
Biarpun ketinggalan, ia tidak mematahkan semangat anak buah Mohd Hanip Che Halim apabila Abdul Khaliq Hamirin dan Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan, masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-35 dan ke-37 untuk memberi kemenangan kepada Malaysia.
Malaysia dan Indonesia yang masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua, sekali lagi akan turun berentap di pentas final bagi merebut pingat emas, esok.
Mohd Hanip berharap prestasi pemain serta momentum pada setiap perlawanan yang ditunjukan dapat memberi impak yang positif dan menaikkan semangat pemain pada aksi final.
"Dari segi perancangan taktikal, saya berharap pemain lebih fokus dan agresif agar setiap perkara yang dirancang dapat diterjemahkan dengan begitu baik esok," katanya.
Mengikut format pertandingan, dua pasukan teratas dalam 'round robin' akan berentap untuk merebut pingat emas, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan berkongsi pingat gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023
Skuad hoki dalam dewan wanita negara mengesahkan tempat ke pentas final selepas menumpaskan Indonesia 4-2 dalam perlawanan terakhir mengikut format 'round robin' pada Sukan SEA 2023 hari ini. - Foto mhc.org.my
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS optimis prestasi di Kemboja boleh diperbaiki menerusi pencapaian Sukan Asia
Hannah Yeoh berkata harapan itu, berdasarkan kepada post mortem yang telah dilaksanakan selain kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Prestasi di Kemboja tidak pengaruhi Sukan Asia - MSN
Katanya, acara dipertandingkan di kedua-dua temasya sukan berkenaan tidak sama selain mempunyai senario berbeza.
Saravanan yakin skuad Harimau Muda akan bingkas bangkit
Biarpun skuad kendalian E. Elavarasan turun dengan taktikal terbaik serta semangat juang yang tinggi, nasib tidak menyebelahi mereka untuk memenuhi sasaran.
Sukan SEA: Hadkan atlet naturalisasi - CDM
Mohd Nasir cadangkan penggunaan atlet naturalisasi dihadkan kepada 10 atau 20 peratus daripada keseluruhan pemain dalam sesebuah pasukan.
Kontinjen negara lesu pada hari kelapan Sukan SEA 2023
Hari kelapan temasya Sukan SEA 2023 yang berlangsung pada Sabtu menyaksikan suasana suram buat kontinjen negara tanpa kutipan pingat emas.
Kerisauan kriket Malaysia terhadap Sukan SEA ada asasnya - Hannah
Kemboja turunkan 13 pemain asing daripada keseluruhan 15 pemain yang didakwa warganegara secara naturalisasi.
Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal
Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, kata Muhammad Haiqal.
Sukan SEA: Skuad taekwondo negara butir dua pingat emas
Perkhabaran pingat emas buat kontinjen negara hadir menerusi kejayaan skuad taekwondo negara menghadiahkan dua pingat emas dalam acara poomsae di Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.
Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.
Sukan SEA: Andre tetap pertahan emas biarpun baru pulih kecederaan
Andre berjaya melakukan catatan sejauh 16.06 meter (m) pada percubaan kelima, sekali gus mengesahkan emas kedua berturut-turutnya dalam acara berkenaan.