PHNOM PENH: Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2023, Datuk Mohd Nasir Ali menggesa Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk mengehadkan penggunaan atlet naturalisasi pada masa depan.
Beliau mencadangkan agar penggunaan atlet naturalisasi dihadkan kepada 10 atau 20 peratus daripada keseluruhan pemain dalam sesebuah pasukan pada temasya sukan dwitahunan tersebut.
Menurut Mohd Nasir, beliau agak terkejut dengan apa yang berlaku di Kemboja dengan tuan rumah menurunkan lebih separuh atlet naturalisasi dalam pasukan mereka.
"Kita tak jangka lebih separuh daripada itu (penggunaan atlet naturalisasi), tidak boleh sampai satu pasukan semua orang luar... tidak dinafikan kadang-kadang ia mengusik psikologi pemain kita.
"Bagaimanapun, kita tidak boleh menjadikan ia sebagai alasan, anggaplah satu kekangan, jadi mainlah semampu yang boleh," katanya ketika ditemui di sini.
Sebelum ini, tuan rumah dilihat menggunakan atlet naturalisasi dalam skuad hoki dalam dewan lelaki, kriket dan bola keranjang.
Pasukan kriket Malaysia, yang turun dalam misi merangkul tiga emas, turut terkena tempias apabila gagal menandingi kehebatan tuan rumah selepas mereka menyenaraikan pemain dari India dan Pakistan yang sememangnya merupakan kuasa besar dunia sukan tersebut.
Situasi itu menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan dua perak setakat ini setelah dikecewakan Kemboja yang merangkul emas bagi acara 50-overs dan Twenty20I (T20I).
Jumaat lepas, Persatuan Kriket Malaysia (MCA) menerusi kenyataan menyatakan kerisauan serta meminta SEAGF dan Jawatankuasa Olimpik yang terlibat supaya membuat penelitian mendalam ke atas penganjuran kriket dan audit ke atas kelayakan atlet yang beraksi pada temasya kali ini.
"Dalam kejohanan lelaki, Kemboja menurunkan 13 pemain asing daripada keseluruhan 15 pemain, yang didakwa Kemboja mereka warganegara secara naturalisasi. Walaupun hanya melihat beberapa pasport, kami dapati pasport berkenaan dikeluarkan pada 23 April 2023, perlawanan pertama berlangsung pada 29 April, manakala tarikh tutup untuk senarai pendek ialah 3 Mac.
"Perkara ini menimbulkan persoalan; bolehkah pindaan dibuat untuk seramai 13 pemain? Jika ya, apakah tujuan penyenaraian pendek? Adakah tindakan ini mengikut semangat Sukan SEA atau semangat kriket?" menurut MCA yang menyatakan bahawa perlu adanya tempoh "cooling off' selama setahun sebelum pemain beraksi untuk negara baharu. - BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023

Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2023, Datuk Mohd Nasir Ali menggesa Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk mengehadkan penggunaan atlet naturalisasi pada masa depan. - Gambar fail BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KBS optimis prestasi di Kemboja boleh diperbaiki menerusi pencapaian Sukan Asia
Hannah Yeoh berkata harapan itu, berdasarkan kepada post mortem yang telah dilaksanakan selain kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Prestasi di Kemboja tidak pengaruhi Sukan Asia - MSN
Katanya, acara dipertandingkan di kedua-dua temasya sukan berkenaan tidak sama selain mempunyai senario berbeza.

Saravanan yakin skuad Harimau Muda akan bingkas bangkit
Biarpun skuad kendalian E. Elavarasan turun dengan taktikal terbaik serta semangat juang yang tinggi, nasib tidak menyebelahi mereka untuk memenuhi sasaran.

Sukan SEA: Hadkan atlet naturalisasi - CDM
Mohd Nasir cadangkan penggunaan atlet naturalisasi dihadkan kepada 10 atau 20 peratus daripada keseluruhan pemain dalam sesebuah pasukan.

Kontinjen negara lesu pada hari kelapan Sukan SEA 2023
Hari kelapan temasya Sukan SEA 2023 yang berlangsung pada Sabtu menyaksikan suasana suram buat kontinjen negara tanpa kutipan pingat emas.

Kerisauan kriket Malaysia terhadap Sukan SEA ada asasnya - Hannah
Kemboja turunkan 13 pemain asing daripada keseluruhan 15 pemain yang didakwa warganegara secara naturalisasi.

Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal
Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, kata Muhammad Haiqal.

Sukan SEA: Skuad taekwondo negara butir dua pingat emas
Perkhabaran pingat emas buat kontinjen negara hadir menerusi kejayaan skuad taekwondo negara menghadiahkan dua pingat emas dalam acara poomsae di Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.

Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.

Sukan SEA: Andre tetap pertahan emas biarpun baru pulih kecederaan
Andre berjaya melakukan catatan sejauh 16.06 meter (m) pada percubaan kelima, sekali gus mengesahkan emas kedua berturut-turutnya dalam acara berkenaan.