KUALA LUMPUR: Kebimbangan dan kerisauan yang diluahkan oleh Persatuan Kriket Malaysia (MCA) mengenai penggunaan atlet naturalisasi pada Sukan SEA Kemboja ada asasnya, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Beliau berkata, pihaknya akan melihat perkara itu dengan lebih mendalam selepas temasya di Phnom Penh itu menutup tirai pada 17 Mei ini.
"Kita tunggu dulu selepas semua pertandingan, saya juga ada bincang dengan menteri sukan yang lain. MCA yakin mereka boleh menang emas, tetapi bila bertembung dengan pihak lawan yang menurunkan banyak atlet naturalisasi (mereka tidak dapat)," katanya selepas melancarkan Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS): Renang di Kepong, hari ini.
Hannah turut meminta semua supaya mendoakan agar sasaran 40 pingat emas Malaysia dapat dicapai dengan baki empat hari sebelum temasya berkenaan menutup tirai dengan rasminya.
"Saya pun gementar .... Kita ada pingat yang disasarkan terlepas, manakala acara yang tidak disasarkan dapat pingat. Kita ada lagi sukan hoki, judo, taekwondo, sepak takraw, dancesport dan badminton yang masih berlangsung," katanya.
Setakat pagi ini, Malaysia kekal di kedudukan ketujuh dengan kutipan 28 emas, 35 perak dan 61 gangsa, dengan sasaran yang ditetapkan ialah 40-37-64.
Terdahulu, MCA menerusi kenyataan menyatakan kerisauan serta meminta Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) dan Jawatankuasa Olimpik yang terlibat supaya membuat penelitian mendalam ke atas penganjuran kriket dan audit ke atas kelayakan atlet yang beraksi pada temasya kali ini.
"Dalam kejohanan lelaki, Kemboja menurunkan 13 pemain asing daripada keseluruhan 15 pemain, yang didakwa Kemboja mereka warganegara secara naturalisasi. Walaupun hanya melihat beberapa pasport, kami dapati pasport berkenaan dikeluarkan pada 23 April 2023, perlawanan pertama berlangsung pada 29 April, manakala tarikh tutup untuk senarai pendek ialah 3 Mac.
"Perkara ini menimbulkan persoalan; bolehkah pindaan dibuat untuk seramai 13 pemain? Jika ya, apakah tujuan penyenaraian pendek? Adakah tindakan ini mengikut semangat Sukan SEA atau semangat kriket?" menurut MCA yang menyatakan bahawa perlu adanya tempoh "cooling off' selama setahun sebelum pemain beraksi untuk negara baharu.
MCA turut mendakwa bahawa kedua-dua pasukan lelaki dan wanita negara menjadi sasaran gangguan pengarah teknikal kejohanan serta jadual perlawanan yang hanya dikeluarkan sehari sebelum pertandingan.
Malaysia yang menjadi pilihan untuk pingat emas, terpaksa berpuas hati dengan perak acara 50-over dan Twenty-20 (T-20) lelaki selepas tewas kepada Kemboja pada final, manakala pasukan 50-over wanita meraih gangsa. Malaysia sedang beraksi dalam acara Ten-10 (T-10) lelaki dan wanita.
Ketika kriket dipertandingkan buat kali pertama dan terakhir pada temasya dwitahunan itu pada edisi Kuala Lumpur 2017, Malaysia meraih emas 50-over lelaki, perak T-20 lelaki dan gangsa T-20 wanita.
Dalam pada itu, Hannah berkata, kementeriannya memperuntukkan sebanyak RM400,000 bagi tahun ini untuk program KLAS: Renang menyasarkan penglibatan 720 kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun daripada golongan B40, yang bertujuan mengurangkan kadar kematian akibat lemas.
"Mengikut statistik sebelum pandemik COVID-19, seramai 500 kanak-kanak meninggal dunia akibat lemas setahun, angka yang tinggi. Daripada bazirkan kolam renang yang ada dan tak guna duit rakyat untuk tujuan murni seperti ini, baik kita mulakan program ini," katanya.
Beliau berkata sebagai permulaan, program itu akan diadakan di 18 daerah di lapan negeri tahun ini - Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Sarawak, Kelantan, Kedah, Johor dan Pahang - sebelum diluaskan ke tempat lain.
Berikutan fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini, Hannah berkata, beberapa langkah keselamatan seperti penggunaan fasiliti tertutup diambil demi keselamatan. - BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023

Kebimbangan dan kerisauan yang diluahkan oleh Persatuan Kriket Malaysia (MCA) mengenai penggunaan atlet naturalisasi pada Sukan SEA Kemboja ada asasnya, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. - Gambar fail BERNAMA
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

KBS optimis prestasi di Kemboja boleh diperbaiki menerusi pencapaian Sukan Asia
Hannah Yeoh berkata harapan itu, berdasarkan kepada post mortem yang telah dilaksanakan selain kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Prestasi di Kemboja tidak pengaruhi Sukan Asia - MSN
Katanya, acara dipertandingkan di kedua-dua temasya sukan berkenaan tidak sama selain mempunyai senario berbeza.

Saravanan yakin skuad Harimau Muda akan bingkas bangkit
Biarpun skuad kendalian E. Elavarasan turun dengan taktikal terbaik serta semangat juang yang tinggi, nasib tidak menyebelahi mereka untuk memenuhi sasaran.

Sukan SEA: Hadkan atlet naturalisasi - CDM
Mohd Nasir cadangkan penggunaan atlet naturalisasi dihadkan kepada 10 atau 20 peratus daripada keseluruhan pemain dalam sesebuah pasukan.

Kontinjen negara lesu pada hari kelapan Sukan SEA 2023
Hari kelapan temasya Sukan SEA 2023 yang berlangsung pada Sabtu menyaksikan suasana suram buat kontinjen negara tanpa kutipan pingat emas.

Kerisauan kriket Malaysia terhadap Sukan SEA ada asasnya - Hannah
Kemboja turunkan 13 pemain asing daripada keseluruhan 15 pemain yang didakwa warganegara secara naturalisasi.

Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal
Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, kata Muhammad Haiqal.

Sukan SEA: Skuad taekwondo negara butir dua pingat emas
Perkhabaran pingat emas buat kontinjen negara hadir menerusi kejayaan skuad taekwondo negara menghadiahkan dua pingat emas dalam acara poomsae di Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.

Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.

Sukan SEA: Andre tetap pertahan emas biarpun baru pulih kecederaan
Andre berjaya melakukan catatan sejauh 16.06 meter (m) pada percubaan kelima, sekali gus mengesahkan emas kedua berturut-turutnya dalam acara berkenaan.