Pemenang dua gangsa di Sukan Asia Hangzhou tahun lepas itu berjaya mendapat kedudukan ketiga, dengan 0.051 saat di belakang pendahulu dari Great Britain Jack Carlin, manakala Matthew Glaetzer dari Australia di tempat kedua. -Reuters
PARIS: Selepas hari yang cukup menyedihkan bagi atlet berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang, rakan sepasukannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom enggan membiarkan harapan jutaan rakyat Malaysia terus terkubur.
Pelumba berusia 28 tahun berasal dari Muar, Johor itu berjaya mengukir kegembiraan apabila mara ke separuh akhir acara keirin lelaki di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines pada hari terakhir temasya.
Pemenang dua gangsa di Sukan Asia Hangzhou tahun lepas itu berjaya mendapat kedudukan ketiga, dengan 0.051 saat di belakang pendahulu dari Great Britain Jack Carlin, manakala Matthew Glaetzer dari Australia di tempat kedua.
Pusingan separuh akhir dijadual berlangsung pada pukul 6.30 petang waktu Malaysia.
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini