NILAI: Berbaki kira-kira dua bulan sebelum Sukan Olimpik 2024, pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dikhabarkan sedang bergelut dengan kecederaan serta jangkitan bakteria dialaminya ketika ini.
Menurut beliau, keadaan itu sedikit sebanyak mengganggu persiapannya untuk membuat penampilan kali kedua di pentas Olimpik di Paris pada Julai ini.
Muhammad Shah Firdaus berkata, beliau baru dimaklumkan oleh Institut Sukan Negara (ISN) mengenai tendon di sebelah bahu kirinya koyak kesan daripada kemalangan dialaminya ketika tayar basikal meletup sewaktu mengejar motosikal di hadapannya pada sesi latihan di Velodrom Nasional pada Januari lepas.
"ISN ada buat MRI (pengimejan resonans magnetik) dan mereka menunjukkan gambar tendon bahu saya koyak jadi disebabkan itu pergerakan saya terganggu.
"Doktor juga cadangkan untuk lakukan suntikan bagi membantu bahu saya pulih dengan cepat sebelum menjalani latihan di Eropah nanti," katanya ketika ditemui pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024 semalam.
Muhammad Shah Firdaus yang mewakili Johor, menyumbang pingat perak dalam acara keirin lelaki elit di belakang jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang mewakili Terengganu manakala adiknya Muhammad Ridwan pula gangsa.
Mengenai jangkitan bakteria, atlet berusia 28 tahun itu berkata beliau mula mengalami perubahan dalam badannya termasuk kerap menggigil selain kesakitan otot sewaktu beraksi pada Piala Trek Jepun di Velodrom Izu, Shizuoka baru-baru ini.
"Kadang-kadang latihan, okey namun esok pula rasa tak larat, macam ada yang tak kena. Lepas perlumbaan tadi badan menggigil, saya tidak pernah rasa sebegitu namun nasib baik berjaya habiskan perlumbaan dan syukur tidak pengsan atau kemalangan," katanya.
Muhammad Shah Firdaus berkata beliau ketika ini bergantung kepada ubat antibiotik yang dibekalkan doktor bagi membunuh kuman dalam badannya susulan jangkitan tersebut.
Sementara itu, beliau yang bakal menjalani fasa latihan akhir di Eropah bulan depan, akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini termasuk kemalangan.
"Saya hanya mahu pastikan tidak boleh jatuh lagi kerana apabila terjadi, ia memang akan ganggu latihan seminggu hingga dua minggu disebabkan perlu jalani tempoh pemulihan.
"Saya akui memang bergelut sejak kebelakangan ini namun hanya perlu bersabar dan percaya Allah SWT akan beri ganjaran nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
![Shah Firdaus bergelut dengan kecederaan, jangkitan bakteria menjelang Paris 2024 Shah Firdaus bergelut dengan kecederaan, jangkitan bakteria menjelang Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716429316_MuhammadShahFirdau.jpg)
Muhammad Shah Firdaus Sahrom dikhabarkan sedang bergelut dengan kecederaan serta jangkitan bakteria dialaminya ketika ini. - Gambar fail Bernama
Da'i Syed tarik balik rayuan
Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas.
Kes tuntutan harta RM2 bilion balu Jamaludin Jarjis selesai cara baik
Kes tuntutan harta sepencarian lebih RM2 bilion yang difailkan oleh balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail, terhadap empat anak dan ibu mentuanya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
SPRM tahan reman dua pengarah babitkan rasuah projek lebuh raya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman dua lagi individu yang melibatkan dua pengarah syarikat sub kontraktor kerana dipercayai terbabit rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.
Lelaki didakwa bunuh ibu
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau pada Rabu atas pertuduhan membunuh ibunya di sebuah rumah di Bahau, Negeri Sembilan bulan lepas.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Julai 2024.
Tumpuan Khamis – 04 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Empat warga asing larikan wang lebih RM300,000 ditahan Empat warga asing larikan wang lebih RM300,000 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713736324_HusseinOmarKhan.jpg)
Empat warga asing larikan wang lebih RM300,000 ditahan
Empat warga asing termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki melarikan wang milik seorang lelaki tempatan sebanyak RM360,966 atas urusan pembelian emas.
![Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707299365_scam.jpg)
Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima sebanyak 37,002 panggilan mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM203.33 juta setakat Mei 2024.
![PRK Sg Bakap: PH diramal menang jika berjaya tarik undi Melayu PRK Sg Bakap: PH diramal menang jika berjaya tarik undi Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720021478_SungaiBakap.jpg)
PRK Sg Bakap: PH diramal menang jika berjaya tarik undi Melayu
Sejumlah 53.2 peratus pengundi yang ditemui menyatakan akan mengundi PH, manakala 43.0 peratus mengundi Perikatan Nasional (PN) dan selebihnya adalah pengundi atas pagar.
![Azizulhasni di tempat keenam dalam keirin lelaki Azizulhasni di tempat keenam dalam keirin lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523020166_Azizul.jpg)
Azizulhasni di tempat keenam dalam keirin lelaki
Pelumba berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang gagal menaiki podium dalam acara kegemarannya, keirin lelaki pada Sukan Komanwel 2018, di sini hari ini.