Presiden Persekutuan Sukan Komanwel Malaysia (CGAM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar berkata Malaysia adalah antara negara dalam senarai untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2022.
"Ini bukan proses bidaan tradisional tetapi pendekatan secara perkongsian yang dipimpin Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) dengan negara-negara berminat yang berpotensi dan kami gembira menjadi sebahagian daripada proses pemilihan itu.
"Kami komited terhadap kuasa sukan serta kedudukan kita di pentas dunia, dan sangat berkeyakinan ada manfaat penganjuran yang besar kepada Malaysia dikaitkan dengan Sukan Komanwel.
"Kami berharap dapat terus bekerjasama dengan pasukan CGF melalui peringkat seterusnya proses pemilihan bandar tuan rumah," kata Tunku Imran, yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
"Adalah penting bagi menjelaskan minat Malaysia dan penglibatan dengan CGF sebagai sebahagian daripada proses untuk Sukan Komanwel akan datang, termasuk meneroka potensi untuk temasya 2022 atau 2026," kata Tunku Imran dalam kenyataan hari ini.
CGF telah menyenarai pendek Malaysia sebagai antara negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2022 selepas Durban di Afrika Selatan digugurkan kerana gagal memenuhi beberapa tarikh penamat yang ditetapkan CGF.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 04 2017
![Sukan Komanwel 2022 bukan proses bidaan tradisional - Tunku Imran Sukan Komanwel 2022 bukan proses bidaan tradisional - Tunku Imran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51440129775_TunkuImran.jpg)
TUNKU IMRAN: Ini bukan proses bidaan tradisional. -Gambar fail
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
![Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740011884_TBAnwarIbrahim.jpg)
Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.
![Johor komited bangunkan industri nanas Johor komited bangunkan industri nanas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740007909_tbDatukZahariSarip.jpg)
Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.
![Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740001659_TBPezeshkian.jpg)
Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![JPJ buka bidaan siri nombor plat 'MADANI' hingga Rabu ini JPJ buka bidaan siri nombor plat 'MADANI' hingga Rabu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729413406_JPJNoPlat.jpg)
JPJ buka bidaan siri nombor plat 'MADANI' hingga Rabu ini
Proses bidaan ini dilakukan melalui Sistem JPJeBid.
![Dua konsortium disenarai pendek dalam Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh - Loke Dua konsortium disenarai pendek dalam Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725782525_AnthonyLoke.jpg)
Dua konsortium disenarai pendek dalam Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh - Loke
Pihak Perbadanan Keretapi (RAC) telah menyenarai pendek dua pembida bagi melaksanakan projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh (iRide).
![Canselor Jerman sifatkan Paris sebagai inspirasi besar untuk bida tuan rumah Olimpik Canselor Jerman sifatkan Paris sebagai inspirasi besar untuk bida tuan rumah Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723253590_OlafScholz.jpg)
Canselor Jerman sifatkan Paris sebagai inspirasi besar untuk bida tuan rumah Olimpik
Scholz melawat Sukan Olimpik Paris yang berlangsung sehingga Ahad selepas Kerajaan Jerman menyokong bidaan masa depan.
![Paris semarakkan semangat untuk Jerman bida anjur Olimpik 2040 - Faeser Paris semarakkan semangat untuk Jerman bida anjur Olimpik 2040 - Faeser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722121347_tbNancyFaeser.jpg)
Paris semarakkan semangat untuk Jerman bida anjur Olimpik 2040 - Faeser
Persekutuan Sukan Olimpik Jerman (DOSB) sedang mempertimbangkan bidaan pada 2036 atau 2040.
![Agong salur nilai bidaan plat FFF 1 kepada kerajaan Persekutuan Agong salur nilai bidaan plat FFF 1 kepada kerajaan Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718851457_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong salur nilai bidaan plat FFF 1 kepada kerajaan Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar nilai bidaan yang disalurkan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.
![Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713155982_KementerianPeraliha.jpg)
Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
![Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026 Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696647716_Jerebu.jpg)
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
![Turki lulus usul bidaan Sweden jadi anggota NATO Turki lulus usul bidaan Sweden jadi anggota NATO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703630391_TurkeySwedenNATO.jpg)
Turki lulus usul bidaan Sweden jadi anggota NATO
Kelulusan ini dianggap langkah penting ke arah perluasan pakatan strategik itu selepas tertangguh lebih 19 bulan.
![Bidaan jam Rolex Zulkifli ditutup pada harga RM135,000 Bidaan jam Rolex Zulkifli ditutup pada harga RM135,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698797347_BidaanJam.jpg)
Bidaan jam Rolex Zulkifli ditutup pada harga RM135,000
Harga permulaan bidaan jam tangan mewah pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud itu adalah sebanyak RM40,000.
![Bidaan jam Rolex Zulkifli cecah RM130,000 Bidaan jam Rolex Zulkifli cecah RM130,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698721698_JamRolex.jpg)
Bidaan jam Rolex Zulkifli cecah RM130,000
Menerusi ruangan komen di Instagram, nilai bidaan tertinggi itu adalah jumlah yang dicatatkan setakat jam 9.31 malam Isnin.