Ringkasan AI
- JPJ telah membuka bidaan NPI Siri MADANI dengan harga minimum serendah RM100 melalui Sistem JPJeBid. Bidaan ini bermula semalam dan akan berakhir pada pukul 10 malam, Rabu ini.
- Harga bidaan minimum ditetapkan mengikut kategori iaitu RM20,000 untuk 'Nombor Utama', RM5,000 (Nombor Premium), RM2,500 (Nombor Menarik), RM500 (Nombor Popular), dan RM100 (Nombor Semasa).
- Hasil penjualan NPI akan digunakan untuk menyokong pelbagai inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan seperti Program MyLESEN, Program Pertukaran Topi Keledar, FlySISWA, dan Pembayaran PERKESO kepada pemandu teksi.
Proses bidaan ini dilakukan melalui Sistem JPJeBid.
Datuk Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan hari ini berkata keputusan bidaan NPI tersebut akan diumumkan pada Khamis dan nombor pendaftaran yang berjaya dibida mesti didaftarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.
"Kaedah penawaran secara bidaan ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat sedia ada yang telah ditetapkan melalui Sistem JPJeBid," katanya.
Beliau berkata harga bidaan minimum bagi siri nombor plat berkenaan ditetapkan mengikut kategori iaitu RM20,000 untuk 'Nombor Utama', RM5,000 (Nombor Premium), RM2,500 (Nombor Menarik), RM500 (Nombor Popular) dan RM100 (Nombor Semasa).
Mengulas mengenai NPI itu, Aedy Fadly berkata ia merupakan inisiatif kerajaan untuk menyokong agenda Malaysia MADANI sekali mempromosikan nilai MADANI yang menjadi cerminan jiwa dan aspirasi negara dalam kehidupan rakyat Malaysia.
Katanya hasil penjualan akan digunakan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan seperti Program MyLESEN, Program Pertukaran Topi Keledar, FlySISWA, Pembayaran PERKESO kepada pemandu teksi dan pelbagai inisiatif yang lain.
-- BERNAMA