Penganjuran kejohanan sukan, Malaysia Midwest Game (MMG) 2016 dilihat usaha mengeratkan perpaduan sesama rakyat Malaysia melangkaui batas agama, kaum dan fahaman politik di luar negara.
Koordinator WeMalaysia Amerika Syarika, Nasnoor Juzaily Mohd Nasiruddin dan Koordinator WeMalaysia - Wilayah Timur AS, Anis Abd Razak berkata, pentas sukan merupakan salah satu platform membentuk jiwa anak muda Malaysia yang kuat, cintakan negara dan semangat berpasukan yang tinggi.
"WeMalaysia AS ingin menzahirkan rasa syukur dan tahniah kepada penganjur Malaysia Midwest Game (MMG) 2016 kerana berjaya menganjurkan acara sukan yang berprestij di bumi AS.
"Dalam penganjuran MMG 2016 ini, WeMalaysia AS telah diberi peluang untuk memperkenalkan gerakan ini kepada pelajar-pelajar Malaysia," kata mereka kepada Astro AWANI di sini hari ini.
MMG 2016 diadakan di Purdue University, Indiana dan berjaya menarik penyertaan hampir 400 orang pelajar Malaysia dari seluruh AS dan juga Kanada. Antara universiti yang terlibat termasuklah dari Drake University, University of Michigan, Western Michigan University, Iowa State University.
Kata mereka, program itu bermula dari 27 hingga 29 Mei dan menyajikan pelbagai acara sukan seperti tarik tali, badminton, squash, bola sepak, futsal, rugbi, e-games dan juga permainan tradisional seperti congkak.
"WeMalaysia AS turut memberikan tajaan berbentuk wang tunai kepada penganjur sebagai tanda sokongan kepada penganjuran MMG 2016.
"Kami juga komited untuk terus bekerjasama dengan pelajar-pelajar Malaysia di AS melaui pelbagai aktiviti dan program yang boleh memberikan manfaat dan kebaikan kepada pelajar dan negara," jelas mereka.
Sebelum ini, Anis menjelaskan, pelajar Malaysia di AS sentiasa sedar keamanan sebuah negara terjamin dengan sebuah kerajaan yang cemerlang.
Ujarnya, ia asas kemakmuran sekali gus teladan yang harus diambil daripada beberapa negara luar yang bergolak kerana ketiadaan sepakat dalam kerajaan.
Wan Syamsul Amly
Mon May 30 2016

#WeMalaysia AS: 'Sukan erat persaudaraan pelajar Malaysia di luar negara' - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Bapa ditahan selepas kamera keselamatan rakam anak kecil pegang pistol berisi peluru
Dia ditahan atas tuduhan pengabaian kanak-kanak di sebuah apartmen di Beech Grove.

COVID-19: Gabenor Indiana umum perintah sekatan baharu
Gabenor Indiana, Eric Holcomb mengumumkan untuk mengembalikan semula sekatan selepas beberapa minggu.

Ular belit leher tuan sendiri hingga mati
Laura Hurst dari Battle Ground, Indiana, dipercayai dibelit hingga mati di rumah itu yang menyimpan 140 ekor ular

Bayi tiga bulan mati kepanasan ditinggalkan dalam kereta
Seorang bayi ditemui mati selepas ditinggalkan bersendirian kepanasan di dalam kereta ketika ibunya pergi ke pejabat.

Lelaki bunuh dan ratah teman wanita diputuskan 'tidak siuman'
Tertuduh pernah memecah masuk rumah bekas teman wanitanya dimana dia merogol, menikam mati dan memakan beberapa bahagian badan mangsa.

'Sukan erat persaudaraan pelajar Malaysia di luar negara' - #WeMalaysia AS
Penganjuran kejohanan sukan, Malaysia Midwest Game (MMG) 2016 dilihat usaha mengeratkan perpaduan sesama rakyat Malaysia melangkaui batas agama, kaum dan fahaman politik di luar negara.

Pemburu cedera di kaki 'ditembak' anjing sendiri
Pemburu malang tersebut meletakkan senapang patahnya di atas tanah sebelum anjingnya terpijak picu.

Pesawat terhempas di kawasan perumahan, 2 maut
Sekurang-kurangnya 2 maut selepas pesawat peribadi yang dinaiki terhempas di kawasan perumahan berhampiran Indiana, Amerika Syarikat.