KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet pelayaran Nur Shazrin Mohamad Latif yang meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022.
Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata Tengku Hassanal turut menzahirkan tahniah kerana Nur Shazrin layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 secara merit.
"Baginda berasa amat berbangga dengan kejayaan yang dicapai anak Pahang ini (Nur Shazrin) bermula dari mewakili pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang sejak 2012 sehingga diserap ke pasukan kebangsaan sejak 2017.
"Baginda bertitah semoga kemenangan yang dikecapi Nur Shazrin dapat menyuntik semangat kepada atlet negara untuk terus berusaha gigih bagi menambah lagi pungutan pingat kontinjen negara dalam temasya ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nur Shazrin, 25, dari Kampung Mambang di Pekan, dekat sini menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada temasya Sukan Asia 2023, selepas muncul juara acara ILCA 6 wanita, pada Rabu (27 Sept).
Beliau juga pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Pahang pada Anugerah Sukan Pahang 2015/2016 selain pernah meraih Anugerah Khas Olimpian pada Anugerah Sukan Pahang 2019/2020.
Antara pencapaian Nur Shazrin ialah emas pada SUKMA 2012 di Pahang dan 2014 di Perlis, emas pada Sukan SEA Singapura 2015 selain turut mewakili negara pada Sukan Olimpik di Rio, Brazil dan Tokyo, Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023

Nur Shazrin dari Kampung Mambang di Pekan menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada temasya Sukan Asia 2023, selepas muncul juara acara ILCA 6 wanita, pada Rabu. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Tindakan lebih agresif perlu untuk pulihkan Tasik Chini - Tengku Hassanal
Tengku Hassanal menyokong langkah moratorium yang telah dilaksanakan kerajaan negeri di kawasan tasik tersebut.

Khidmat amil zakat di Pahang dibenarkan
Kaedah ini dilaksanakan dengan segera berpandukan SOP yang ditetapkan bagi kemudahan umat Islam di negeri ini.