PEKAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menitahkan kerajaan Pahang untuk bertindak lebih agresif dalam memulihkan Tasik Chini di sini, agar kegemilangannya dapat dikembalikan semula.
Tengku Hassanal bertitah baginda menyokong langkah moratorium yang telah dilaksanakan kerajaan negeri di kawasan tasik tersebut, dan mahu supaya pajakan lombong yang telah tamat tempohnya perlu dihijaukan semula dalam masa terdekat.
"Usaha memulihkan Tasik Chini perlu dimainkan semua pihak, bukan sahaja kerajaan saya, malah pelombong dan pelesen sedia ada juga perlu memberikan komitmen dan turut sama dalam menjayakan usaha ini.
"Saya mahu kegemilangan Tasik Chini dikembalikan semula dengan peranan asalnya yang memanfaatkan penduduk sekitar malah fungsi semula jadinya sebagai biosfera akan kekal lestari," titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di sini hari ini.
Turut berangkat ke istiadat itu ialah kerabat Diraja Pahang dan pentadbiran negeri yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Seramai 99 penerima menerima darjah kebesaran dan pingat pada hari ini.
Menerusi Titah Diraja itu, Tengku Hassanal juga menekankan isu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar termasuk meningkatkan populasi Harimau Malaya khususnya di Pahang, yang sejajar dengan ikrar baginda untuk memulihara spesies tersebut yang kini diancam kepupusan.
Tegas Tengku Hassanal, agensi dan badan penguatkuasaan seharusnya memainkan peranan secara serius dalam isu alam sekitar seperti mengadakan rondaan serta pemantauan lebih kerap kerana akta dan enakmen sedia ada yang berkaitan akan sia-sia jika tiada penguatkuasaan yang tegas.
"Saya tidak mahu lagi melihat kejadian seperti memasuki hutan tanpa kebenaran, kecurian hasil hutan termasuk balak, aktiviti pemburuan haram dan menangkap ikan terlarang dengan bom, racun atau renjatan elektrik.
"Tiada istilah terlepas pandang terhadap penjenayah alam sekitar. Semua pihak tanpa mengira darjat dan kedudukan perlu akur dan patuh kepada undang-undang sama ada ahli kerabat, ahli Yang Berhormat, ahli politik, ketua jabatan, penjawat awam mahupun rakyat," titah baginda.
Tengku Hassanal juga bertitah baginda akan turun padang secara mengejut untuk meninjau sendiri keadaan di negeri ini, antaranya bagi memastikan segala bantuan yang harus diterima rakyat sampai segera tanpa birokrasi rumit.
Dalam keadaan begitu, Tengku Hassanal bertitah baginda enggan melihat atau disembah maklum terdapat jalan yang baru dibaiki, atap bocor yang baru dibaiki mahupun bantuan kepada fakir miskin disampaikan sehari sebelum ketiban baginda ke lokasi terlibat.
Pada titah itu, Tengku Hassanal juga memaklumkan bahawa Sultan Pahang telah berkenan mengurniakan gelaran Tengku Panglima Perang kepada adinda baginda Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah Al-Sultan Abdullah berkuat kuasa hari ini.
Kepada penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang, Tengku Hassanal mengingatkan mereka agar tidak menjadikan kurniaan itu sebagai modal bersikap sombong, riak dan angkuh sebaliknya menjadikan ia sebagai pendorong untuk berbakti dan memberi sumbangan kepada rakyat yang memerlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022

Tengku Hassanal menyokong langkah moratorium yang telah dilaksanakan kerajaan negeri di kawasan tasik tersebut. - Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Tasik Chini tawar pelancongan berasaskan pendidikan
Beberapa pakej pelancongan ditawarkan menerusi Pusat Penyelidikan Tasik Chini menyasarkan pengunjung terdiri pelajar sekolah dan universiti.

Pahang komited laksana pemulihan Tasik Chini secara berterusan
Kerajaan Pahang komited dalam melaksanakan usaha pemulihan Tasik Chini di Pekan dekat sini, secara berterusan, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Tasik Chini kekal status Rizab Biosfera UNESCO
Nik Nazmi berkata, ia diputuskan mesyuarat ICC MAB35 2023 di Paris, Perancis pada Selasa.

Kerajaan yakin status Tasik Chini tidak terlucut - Takiyuddin
Kerajaan yakin status Tasik Chini, di Pahang sebagai sebahagian Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) tidak akan terlucut, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Permohonan baharu, sambungan perlombongan di Tasik Chini tidak akan dipertimbangkan
Pada ketika ini tiada operasi perlombongan di dalam kawasan Man and Biosphere (MAB) Tasik Chini.

Pemuliharaan Tasik Chini, pencerobohan data peribadi antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan berkaitan pemuliharaan Tasik Chini bakal diajukan Fuziah Salleh kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Tapak rizab biosfera: Pahang hantar laporan Tasik Chini kepada UNESCO
Kerajaan Pahang bersedia melakukan penambaikan di Tasik Chini bagi memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mengekalkan status rizab biosfera.

Status Tasik Chini masih boleh dipertahankan
Kawasan Tasik Chini yang berkeluasan 6,922.97 hektar dapat dipertahan jika semua penanaman semula dan pemulihan berjalan seperti dirancang.

Tapak rizab biosfera: Pahang laksana pelbagai inisiatif, pastikan status Tasik Chini tidak ditarik balik
Kerajaan negeri juga telah menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan Majlis Biodiversiti Pahang bagi mengukuhkan tadbir urus Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini.

KeTSA tidak akan keluar sebarang kelulusan perlombongan di Tasik Chini
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan bagi aktiviti perlombongan di kawasan sensitif dan dipelihara.