Mana-mana atlet yang didapati positif menggunakan bahan terlarang, akan digugurkan serta-merta daripada kontinjen negara ke Sukan Asia 2018 di Indonesia, bulan depan.
Amaran itu diberikan oleh Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, yang berkata ia merupakan salah satu langkah memastikan kontinjen negara mencapai sasaran sifar kes doping pada temasya itu.
Beliau berkata semua atlet wajib menjalani ujian doping yang akan dikendalikan oleh Agensi Antidoping Malaysia (ADAMAS) sebelum bertolak ke Jakarta atau Palembang, di mana atlet yang mengelak daripada ujian itu selepas diberikan masa yang secukupnya, juga akan digugurkan daripada kontinjen negara.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil sukan papan selaju, tinju dan triathlon di Wisma OCM, di sini pada Khamis.
Abdul Azim, yang juga merupakan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), berkata pihaknya tidak mahu kesalahan doping melibatkan atlet negara pada beberapa temasya sebelum ini berulang.
Sebagai rekod, pada Sukan SEA 2017, penerjun Ng Yan Yee didapati positif sibutramine, manakala atlet wushu, Tai Cheau Xuen pula gagal ujian doping ketika Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan dengan pingat emas kedua-dua atlet ini ditarik balik.
Malaysia juga berisiko kehilangan pingat gangsa Sukan Komanwel 2018 Gold Coast, Australia yang berlangsung April lalu, apabila atlet angkat berat negara, Mohd Fazrul Azrie Mohdad (kategori bawah 85kg) berada dalam siasatan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) berikutan penemuan unsur bahan terlarang.
Beliau terdahulu disahkan positif Stanozolol pada ujian yang dilakukan oleh ADAMAS sebelum bertolak ke temasya itu, tetapi keputusan hanya diketahui selepas beliau sampai ke Gold Coast.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 19 2018

Abdul Azim berkata pihaknya tidak mahu kesalahan doping melibatkan atlet negara pada beberapa temasya sebelum ini berulang. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mas Ermieyati Ketua Srikandi Bersatu baharu
Nurul Ezzati Azmi dari Bahagian Kapar diumum Ketua Srikandi Muda Malaysia manakala naib ketua dimenangi Nabila Norsahar.

Program akar umbi PN Perak-Perak FC: Misi bola sepak negara dikuasai anak tempatan
Sepanjang tahun ini Perak FC telah menyasarkan lapan daerah untuk program terbabit bermula di Perak Tengah pada 29 Julai lalu.

Enggan tercorot Liga Super, Perak FC komited baiki kedudukan
Amaran itu jadi kebimbangan pihak pengurusan yang berazam membawa perubahan untuk memastikan Perak FC terus bersaing dalam Liga Super.

Bajet kami bukanlah lumayan macam JDT - Pengerusi Perak FC
Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, mereka mempunyai bajet sendiri yang tidak begitu besar.

Perak FC lantik Lim Teong Kim sebagai ketua jurulatih
Perak FC mengumumkan pelantikan Lim Teong Kim sebagai Ketua Jurulatih bagi musim 2023 akan datang.

FIFA tarik balik larangan perpindahan Perak FC
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menarik balik larangan perpindahan terhadap pasukan Perak FC selepas kelab itu menjelaskan semua gaji tertunggak pemainnya.

Sukan SEA: MOM beri amaran buat tiga persatuan gagal lunas hutang
Tiga persatuan berkenaan perlu melunaskan hutang yang berjumlah ratusan ribu ringgit sebelum dibenarkan untuk menghantar atlet ke temasya itu.

Sukan Asia: Kontinjen Malaysia baru mula panas - Azim
Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yakin Malaysia mampu mencapai sasaran tujuh pingat emas kerana acara-acara berpotensi menyumbang pingat baharu bermula.

Syakilla kekal pembawa Jalur Gemilang, namun terima empat hukuman
Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 dan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan itu bersetuju dengan syarat-syarat ditetapkan untuk terus berada dalam skuad negara.

Sukan Asia: Atlet positif doping digugur serta-merta - Azim
Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata ia merupakan salah satu langkah memastikan kontinjen negara mencapai sasaran sifar kes doping pada temasya itu.