IPOH: Pembangunan pemain bola sepak akar umbi dalam kalangan anak tempatan merupakan keutamaan Perak FC dalam agenda pembangunan bola sepak negeri ini, kata Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
Justeru melihat peri penting perkara itu, Abdul Azim berkata, Perak FC bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak melancarkan Program Pembangunan Akar Umbi JPN Perak-Perak FC.
"Kita sebenarnya mempunyai ramai pemain berbakat dan mereka perlu digilap sejak awal dari peringkat sekolah lagi agar suatu masa nanti, kita mempunyai pemain yang berkualiti tinggi dan 11 pemain di padang kelak, semuanya adalah pemain tempatan.
"Kita sasarkan program ini akan nampak impaknya dalam tempoh lima hingga enam tahun lagi supaya lepas ini, kelab bola sepak tempatan tidak lagi bergantung kepada pemain-pemain luar dan lebih selesa menggunakan pemain tempatan," katanya dalam temu bual bersama Bernama di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, sepanjang tahun ini, Perak FC telah menyasarkan lapan daerah untuk program terbabit bermula di Perak Tengah pada 29 Julai lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muhammad Shah Parit dan yang kedua di Kerian, SMK Sultan Abu Bakar Al Baqir, pada 12 Ogos lalu.
"Kita akan teruskan sesi berikutnya di SMK Sultan Idris Shah II di Hulu Perak (26 Ogos), SMK Raja Shahriman Manjung (9 Sept), SMK Khir Johari di Mualim (30 Sept) dan SMK Abdul Rahman Talib di Hilir Perak (7 Okt) manakala daerah Kinta dan Larut Matang serta Selama pada 21 Okt dan 4 Nov ini.
"Kita sedar pembangunan akar umbi adalah antara elemen terpenting dalam mewujudkan kelab bola sepak yang berjaya, kita telah beri perhatian perkara ini untuk mencari bakat baharu bagi Perak," katanya.
Abdul Azim berkata "Grassroots Playday Festival Siri ke-II" di SMK Abu Bakar Al-Baqir (SABAR), Bagan Serai telah menarik seramai 201 murid sekolah rendah sekitar Kerian.
"Para peserta program ini telah didedahkan dengan teknik asas permainan bola sepak oleh para jurulatih daripada Perak FC diketuai oleh Raja Azlan Shah Raja So'ib selaku Ketua Pembangunan dan Pencarian Bakat (KPPB) Perak FC.
"Walaupun kita anggarkan penyertaan peserta sekitar 120 sahaja namun sambutan amat menggalakkan malah di Perak Tengah pun kita terima 134 peserta dan setiap sekolah kita wujudkan 'District Training Centre' (DTC) untuk menjadi rangkaian pencarian bakat," katanya.
Menyentuh mengenai pasukan, beliau berkata, pihaknya percaya sokongan semua agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk kerajaan negeri sangat penting dalam memastikan kelangsungan industri bola sepak negara.
"Orang yang mahu menyumbang ini ibarat situasi 'chicken-and-egg' iaitu siapa yang datang dahulu dan begitu juga dalam bola sepak penaja mahukan kemenangan dahulu barulah mereka nak menyumbang.
"Namun, sesebuah pasukan nak menang perlukan sumbangan atau dana yang besar untuk mencipta pasukan yang hebat selain meningkatkan prestasi pasukan, namun setakat ini Perak FC banyak penaja dari dalam XOX (syarikat telekomunikasi XOX Berhad) itu sendiri.
"Jadi kita sedang berusaha sebaik mungkin untuk menarik lebih banyak penaja luar bagi tahun depan agar dapat meningkatkan lagi prestasi pasukan," katanya.
Mengulas kemelut antara Perak FC dan bekas jurulatihnya, Datuk Lim Teong Kim, Abdul Azim berkata perkara itu tidak mengganggu segala perancangan aspek pembangunan yang disusun pihak kelab.
"Keputusan melepaskan beliau adalah keputusan daripada pihak pengurusan Perak FC termasuk Ahli Lembaga Pengarah Perak FC dan saya yakin beliau (Teong Kim) turut sedar akan perkara ini kerana saya sendiri sudah dua kali berbincang dengan beliau secara bertentang mata.
"Itu sebab kita selalu tekankan pada Teong Kim sebelum ini sasaran kita adalah kedudukan pertengahan dalam liga agar sasaran daripada penaja itu tercapai namun, mungkin nasib tidak menyebelahi beliau dan kita terpaksa lepaskan beliau," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023

Pembangunan pemain bola sepak akar umbi dalam kalangan anak tempatan merupakan keutamaan Perak FC dalam agenda pembangunan bola sepak negeri ini, kata Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi. - Gambar BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mas Ermieyati Ketua Srikandi Bersatu baharu
Nurul Ezzati Azmi dari Bahagian Kapar diumum Ketua Srikandi Muda Malaysia manakala naib ketua dimenangi Nabila Norsahar.

Program akar umbi PN Perak-Perak FC: Misi bola sepak negara dikuasai anak tempatan
Sepanjang tahun ini Perak FC telah menyasarkan lapan daerah untuk program terbabit bermula di Perak Tengah pada 29 Julai lalu.

Enggan tercorot Liga Super, Perak FC komited baiki kedudukan
Amaran itu jadi kebimbangan pihak pengurusan yang berazam membawa perubahan untuk memastikan Perak FC terus bersaing dalam Liga Super.

Bajet kami bukanlah lumayan macam JDT - Pengerusi Perak FC
Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, mereka mempunyai bajet sendiri yang tidak begitu besar.

Perak FC lantik Lim Teong Kim sebagai ketua jurulatih
Perak FC mengumumkan pelantikan Lim Teong Kim sebagai Ketua Jurulatih bagi musim 2023 akan datang.

FIFA tarik balik larangan perpindahan Perak FC
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menarik balik larangan perpindahan terhadap pasukan Perak FC selepas kelab itu menjelaskan semua gaji tertunggak pemainnya.

Sukan SEA: MOM beri amaran buat tiga persatuan gagal lunas hutang
Tiga persatuan berkenaan perlu melunaskan hutang yang berjumlah ratusan ribu ringgit sebelum dibenarkan untuk menghantar atlet ke temasya itu.

Sukan Asia: Kontinjen Malaysia baru mula panas - Azim
Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yakin Malaysia mampu mencapai sasaran tujuh pingat emas kerana acara-acara berpotensi menyumbang pingat baharu bermula.

Syakilla kekal pembawa Jalur Gemilang, namun terima empat hukuman
Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 dan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan itu bersetuju dengan syarat-syarat ditetapkan untuk terus berada dalam skuad negara.

Sukan Asia: Atlet positif doping digugur serta-merta - Azim
Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata ia merupakan salah satu langkah memastikan kontinjen negara mencapai sasaran sifar kes doping pada temasya itu.