PERAK Bison mencipta sejarah selepas muncul juara Liga Perdana Liga Sepak Takraw (STL) selepas menundukkan Penang Black Panthers 2-0, sekali gus menerima hadiah RM50,000 dalam aksi di Stadium Indera Mulia Ipoh, malam tadi.
Panthers, yang juga juara bertahan selama dua musim berturut-turut, terpaksa akur menduduki tempat keempat dalam kempen musim keenam ini untuk mengutip hadiah wang tunai RM10,000.
Dalam perlawanan tersebut, trio tuan rumah hanya mengambil masa 45 minit untuk menamatkan cabaran lawan dengan kemenangan 21-17, 21-8.
Dengan mendapat sokongan padu kapasiti penuh stadium, tuan rumah yang menurunkan tekong, Meor Zulfikar Mat Amin, Asyraaf Hadi (pengumpan) dan Amirul Ramadhan Fazillah (perejam) beraksi cemerlang dalam set pertama untuk mendahului 14-10.
Bagaimanapun, trio Panthers, Said Ezwan Said De, Zulhusni Basri dan perejam terbaik kejohanan, Azlan Alias, berjaya merapatkan jurang sebelum Amirul menamatkan kemaraan mereka di angka 17.
Ketika Panthers berkira-kira untuk memberi tentangan dengan memasukkan tekong muda, Zarif Marican Ibrahim Marican, hingga berjaya mendahului tuan rumah 7-6 dalam set kedua, Bison membawa masuk tonggak dari Thailand, Nattawhut Naewprom.
Kemasukan tekong import itu nyata berkesan untuk mematikan langkah lawan apabila mengutip mata demi mata untuk meluru ke hadapan 18-8.
Kemenangan itu menyaksikan Perak Bison mengutip 26 mata dan memintas ATM Guardians di saat-saat akhir.
Guardians, yang turut mengutip 26 mata, terpaksa berpuas hati dengan RM30,000 selaku naib juara berdasarkan kelebihan Bison daripada segi perbezaan set menang dan kalah.
Sementara itu, Johor Tigris menduduki tempat ketiga selepas menumpaskan Kelantan Warriors 2-0 untuk meraih RM20,000.
Senarai pemenang STL 2019:
Juara: Perak Bison
Naib Juara: ATM Guardians
Tempat Ketiga: Johor Tigris
Tempat Keempat: Penang Black Panthers
Pemain Terbaik Mingguan: Mohamad Hafizul Hayazi
Pengadil Terbaik STL: Muhammad Ariffin Ahmad Rahim
Anugerah Fair Play: Negeri Sembilan Antlers
Pemain Luar Terbaik: Apirak Promanee (Kelantan Warriors)
Jurulatih Terbaik: Aswadi Abdullah (ATM Guardians)
Pengurus Terbaik: Mejar Tajul Hisyam Mamat (ATM Guardians)
Pengumpan Terbaik: Aidil Aiman Azwawi - (Kelantan Warriors)
Perejam Terbaik: Mohammad Azlan Alias (Penang Black Panthers)
Tekong Terbaik: Ahmad Aizat Nor Azmi (Kuala Lumpur Thunder)
Pemain Paling Bernilai: Mohammad Azlan Alias (Penang Black Panthers)
Astro Arena
Sun Nov 03 2019

Pasukan Perak Bison bergambar setelah dinobatkan juara pada Liga Sepak Takraw di Stadium Indera Mulia, Ipoh, malam tadi. --fotoBERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

STL: Guardians sah bergelar naib juara
Guardians, yang dibarisi Hairul Hazizi Haidzir (tekong), Afifuddin Razali (perejam) dan Norfaizzul Razak (pengumpan), tidak berdepan laluan mudah untuk memenangi set pertama.

STL: Bison perlukan 45 minit raih gelaran juara
Panthers, yang juga juara bertahan selama dua musim berturut-turut, terpaksa akur menduduki tempat keempat dalam kempen musim keenam ini untuk mengutip hadiah wang tunai RM10,000.