KUALA LUMPUR: Status ratu gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi dalam pasukan kebangsaan masih menjadi tanda tanya memandangkan atlet berkenaan belum memberikan sebarang perkembangan termasuk surat persaraan kepada Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).
Setiausaha Kehormat MGF Afrita Ariany Nasril berkata atlet berusia 27 tahun itu masih tersenarai untuk Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada 12 hingga 23 Mei depan.
Walaupun pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu dilaporkan tidak menjalani latihan, Afrita Ariany berkata keputusan berhubung penyertaan Farah Ann pada temasya dwitahunan itu bergantung kepada senarai akhir yang dikeluarkan oleh pasukan kejurulatihan esok.
"Farah Ann sepatutnya menyerahkan surat persaraan namun belum berbuat demikian. Setakat ini, beliau masih dalam senarai skuad Sukan SEA namun ia bergantung kepada keputusan pasukan kejurulatihan sama ada beliau disenarai atau tidak kerana mereka akan menyediakan senarai akhir.
"Saya telah memberikan tarikh akhir kepada pasukan kejurulatihan untuk menyerahkan senarai akhir kepada saya pagi esok, sebelum saya menyerahkannya kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada tengah hari," katanya yang dihubungi Bernama.
Menurut Afrita Ariany, berdasarkan maklumat daripada jurulatih, atlet kelahiran Selangor itu setakat ini masih belum kembali menjalani program latihan Sukan SEA.
"Sudah tiga minggu Farah Ann tidak menyertai program latihan ke Hanoi," katanya.
Ketua jurulatih artistik wanita kebangsaan Shu Wai baru-baru ini memberi gambaran bahawa Farah Ann telah berhenti berlatih bersama pasukan negara selama dua minggu dan berkemungkinan besar akan bersara.
Selasa lepas, Afrita Ariany dilaporkan berkata Farah Ann mungkin menimbangkan untuk bersara kerana usia atau kecederaan namun MGF sedia berbincang sekiranya beliau memerlukan bantuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022

Farah setakat ini masih belum kembali menjalani program latihan Sukan SEA. - Gambar/ IG farahann94
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Farah Ann rancang anjur kejohanan sendiri tahun depan
Kejohanan yang diharapkan dapat dianjurkan awal tahun depan, adalah sebahagian daripada rancangan persaraannya.

Farah Ann ucap selamat tinggal pada gelanggang gimnastik, harap dapat curah khidmat
Persaraan atlet berusia 27 tahun itu diumumkan pada Sabtu menerusi Instagram.

Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan
Atlet gimnastik kebangsaan Farah Ann Abdul Hadi berehat daripada menyertai mana-mana kejohanan gimnastik yang kompetetif buat masa ini bagi memfokuskan proses pemulihan dirinya.

Farah Ann impi buka akademi sendiri selepas bersara
Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi memasang impian untuk membuka akademi sendiri apabila bersara daripada dunia sukan itu satu hari nanti.

Olimpik Tokyo 2020: Misi Farah Ann, Azizul Hasni Awang buru pingat buat negara
Walaupun, temasya sukan ini dilaksanakan lewat dari tarikh asalnya namun semangat juang atlet yang terlibat tidak pernah pudar demi meraih pingat buat Malaysia.

Buruan emas pertama Olimpik hampir bermula, atlet negara tiba di Tokyo
Meskipun dianjurkan sedikit lewat akibat COVID-19, kemeriahan temasya sukan terbesar di dunia itu tetap menjadi sebutan peminat sukan seantero dunia.

Farah Ann lega lengkapkan vaksinasi, teruja sertai kejohanan Mesir
Atlet berusia 27 tahun kelahiran Selangor itu berkata, beliau amat bersyukur dan lega kerana beliau kini telahpun melengkapkan kesemua dua dos vaksin itu.

Farah Ann sifatkan insentif Sukan SEA dorongan lebih berjaya
Farah Ann Abdul Hadi berkata insentif berkenaan turut mencerminkan sokongan kerajaan negeri terhadap pencapaian atlet negeri itu.

Farah Ann layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020
Gimnas berumur 25 tahun itu tampil dengan aksi cemerlang dalam pusingan kelayakan individu 'All Around' dalam Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia.

Arena sukan memerlukan lebih ramai 'wanita besi'
Arena sukan pada hari ini memerlukan lebih ramai penglibatan golongan wanita yang berwawasan dan berkeyakinan tinggi sebagai platform dalam memartabatkan golongan wanita di Malaysia.