KUALA LUMPUR: Ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi yang kini bersiap sedia menyertai Piala Cabaran Dunia (FIG) Persekutuan Gimnastik Antarabangsa di Kaherah, Mesir berasa lega, selepas melengkapkan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech.
Atlet berusia 27 tahun kelahiran Selangor itu berkata, beliau amat bersyukur dan lega kerana beliau kini telahpun melengkapkan kesemua dua dos vaksin itu, dan kini berasa lebih selamat untuk berlatih dan lebih yakin untuk bertanding di luar negara.
Beliau menyasarkan untuk memberikan persembahan terbaiknya pada kejohanan terakhirnya sebelum menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Saya hanya akan menyertai Piala Cabaran Dunia di Mesir pada Jun, saya akan ke sana dan kembali. Saya perlu bersedia untuk Olimpik, jadi perancangan ini agak bagus, dan saya akan gunakan apa yang ada. Bagi saya, saya amat bersyukur kerana berpeluang ke Mesir, kerana telah lama kita tidak menyertai sebarang kejohanan," katanya selepas menerima suntikan keduanya itu di Kompleks Sukan DBKL, semalam.
Kali terakhir Farah Ann beraksi dalam kejohanan ialah pada November 2019 iaitu di Sukan SEA Filipina di mana beliau membawa pulang tiga pingat emas dalam acara 'all-round', palang bertingkat dan senaman lantai.
Pada masa ini Farah Ann tinggal dan menjalani latihan di Kompleks Sukan Bukit Jalil Kuala Lumpur, yang tidak termasuk dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan semalam.
PKP dari 6-17 Mei itu akan dilaksanakan di enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
Pergerakan antara daerah dan negeri tidak dibenarkan di bawah PKP, kecuali untuk kecemasan, kerja dan pergerakan yang dibenarkan di bawah prosedur operasi standard.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 05 2021
Atlet itu amat bersyukur dan lega kerana beliau kini telahpun melengkapkan kesemua dua dos vaksin itu. - Gambar/ Bernama
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Farah Ann menang emas istimewa di Manila
Ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi dan Tan Ing Yueh memberikan permulaan yang cemerlang untuk pasukan gimnastik artistik wanita negara di Sukan SEA ke-30.