Ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi dan Tan Ing Yueh memberikan permulaan yang cemerlang untuk pasukan gimnastik artistik wanita negara di Sukan SEA ke-30 dengan memberikan pingat emas dan gangsa dalam acara 'all-round', hari ini.
Atlet berusia 25 tahun itu, yang memberikan persembahan bertenaga selepas menerima sorakan kuat dari penonton di Rizal Memorial Coliseum di sini, mengungguli keseluruhan dengan mengumpulkan 48.05 mata selepas tamat keempat-empat rutin.
Farah yang telah layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, memulakan persembahan dengan 12.55 mata pada melombol dan 12.45 mata untuk palang bertingkat, namun sedikit gugup di batang titian dan hanya mengutip 9.550 mata.
Bagaimanapun, atlet itu memukau semua dengan gerakannya pada acara senam lantai untuk mengutip 12.50 mata sekali gus mengutip emas kelimanya, yang pertama dalam acara all-event, dan pingat kesepuluh pada sukan dwitahunan itu.
Gimnas Indonesia Rifda Irfanaluthfi menang perak dengan 47.80 mata keseluruhan dan diikuti Ing Yueh dengan 46.90 mata yang menjadikan dua atlet Malaysia berada di atas podium.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah, Farah menganggap emas tersebut sebagai satu yang istimewa, selepas mengidamkannya untuk sekian lama.
"Setiap kali saya sertai pertandingan, saya hanya mahu lakukan rutin saya, buat yang terbaik yang boleh saya lakukan dan elakkan dari melakukan kesilapan. Penonton di sini amat menakjubkan, masyarakat Filipina amat baik, saya amat gembira kerana dapat sokongan mereka.
"Selepas saya di batang titian dan jatuh selepas rutin pertama, jadi saya jadi sedikit gugup, saya cuba untuk tidak melakukan kesilapan besar, kerana mata tidak akan lebih rendah daripada yang saya mahukan.
"Selepas itu saya cuma mahu lakukan senaman lantai dan menikmati rutin itu, kerana ia satu pertandingan dan apa-apa boleh berlaku. Untuk acara selanjutnya, saya rasa 50-50, saya amat gembira hari ini dan mahu lakukan yang terbaik," katanya.
Beliau akan bertanding dalam melombol dan palang bertingkat individu wanita, esok.
Untuk rekod, Farah telah memenangi emas dalam acara berpasukan dan senaman lantai di Sukan SEA Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019

Atlet gimnastik Malaysia, Farah Ann Abdul Hadi menunjukkan pingat Emas yang dimenangi dalam acara All Round Wanita Akhir pada Sukan SEA Manila 2019 di Rizal Memorial Sports Complex pada Isnin. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Sukan SEA: Farah Ann mungkin tidak ke Hanoi
Harapan untuk menyaksikan Ratu Gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi beraksi pada Sukan Sea Hanoi di Vietnam, pada 12-23 Mei ini semakin pudar.

Farah Ann sudah bersara daripada sukan gimnastik?
Ng Shu Wai berkata, Farah Ann sudah berhenti berlatih bersama skuad kebangsaan sejak dua minggu lalu.

Selangor beri RM10,000 masing-masing kepada 4 atlet negeri ke Sukan Olimpik Tokyo - Exco
Kerajaan negeri Selangor akan memberi sumbangan wang tunai RM10,000 masing-masing kepada empat atlet negeri itu yang akan bersaing pada temasya Sukan Olimpik Tokyo, bermula 23 Julai ini.

Sukan Olimpik Tokyo: Farah Ann tumpu persiapan di dalam negara
Namun, rutin latihan diteruskan dengan satu kejohanan simulasi sedang dirancang tatkala dia masih dalam rawatan mengatasi kecederaan ringan.

COVID-19: 242 atlet, pegawai selesai suntikan dos kedua vaksin
Baki daripada jumlah 264 atlet dan pegawai yang menerima suntikan pertama pada 12 April lepas akan menerima dos kedua setelah pulang ke tanah air.

Vaksin tambah keyakinan Farah Ann bertanding Piala Dunia Gimnastik Artistik
Farah Ann berasa lebih lebih selesa dan selamat untuk bersaing dalam Piala Dunia Gimnastik Artistik di Mesir pada Jun ini berbekalkan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech yang diterimanya.

Gimnastik: Malaysia berisiko hilang khidmat Farah Ann
Pemenang tiga pingat emas Sukan SEA Filipina 2019 itu menyuarakan hasratnya untuk bersara selepas tamat Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

Farah Ann sifatkan insentif Sukan SEA dorongan lebih berjaya
Farah Ann Abdul Hadi berkata insentif berkenaan turut mencerminkan sokongan kerajaan negeri terhadap pencapaian atlet negeri itu.

Olimpik Tokyo: Rachel dedah faktor Farah Ann tidak ke Amerika Syarikat
Berbaki tujuh bulan sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020, MGF masih runsing memikirkan persiapan buat gimnas negara, Farah Ann, untuk menghadapi temasya itu.

Farah Ann, Fu Jie tambah emas gimnastik
Skuad gimnastik kebangsaan meneruskan aksi cemerlang mereka di Sukan SEA ke-30 di Rizal Memorial Coliseum hari ini.