KUALA LUMPUR: Seramai 242 atlet dan pegawai yang terlibat dengan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo, telah melengkapkan dos kedua vaksin COVID-19 pada Selasa di Kompleks Sukan DBKL Desa Tasik di sini.
Antara atlet yang menerima dos kedua Pfizer-BioNTech itu termasuklah juara All England Lee Zii Jia, gimnas Farah Ann Abdul Hadi, pemanah recurve Khairul Anuar Mohamad, pemain beregu campuran Goh Liu Ying dan atlet olahraga para Muhammad Ziyad Zolkefli.
Bagaimanapun, baki daripada jumlah 264 atlet dan pegawai yang menerima suntikan pertama pada 12 April lepas, seperti skuad terjun negara yang sedang beraksi di Piala Dunia Terjun di Tokyo, akan menerima dos kedua setelah pulang ke tanah air.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kesemua atlet yang akan beraksi di Olimpik yang dijadual berlangsung bermula 23 Julai dan Paralimpik bermula 24 Ogos itu yang sudah menerima suntikan kedua, kini boleh lebih yakin untuk bertanding di luar negara.
Menurutnya tiada atlet yang akan ke Olimpik Tokyo terkecuali daripada mendapat vaksin, begitu juga pegawai-pegawai yang akan mengiringi mereka, yang didefinisikan sebagai 'Essential and Operational Role' oleh Jepun.
Sementara itu, beliau berkata atlet berbasikal trek Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang menjalani latihan di Melbourne, akan diberikan vaksin sejurus tiba di tanah air pada awal Jun, sekiranya tidak menerima vaksin di Australia.
"Kalau mereka menerima suntikan pertama pada 1 Jun, suntikan kedua akan selesai pada 21 Jun, bererti semua atlet akan selesai divaksinkan sebelum Julai," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu.
Beliau turut berharap kontinjen negara dapat membuat persiapan yang secukupnya, dan memastikan diri berada dalam keadaan mental dan fizikal yang kuat supaya dapat mempamerkan prestasi terbaik di Tokyo.
"Yang paling penting pada saya, mereka perlu menguruskan kemuncak mereka, saya tak nak kemuncak awal, tapi pada akhirnya mereka tak beraksi.
"Dan rakyat Malaysia mendambakan pingat emas pertama, bagi saya dekad ini dekad emas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021

Seramai 242 atlet dan pegawai yang terlibat dengan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo, telah melengkapkan dos kedua vaksin COVID-19 pada Selasa di Kompleks Sukan DBKL Desa Tasik. -Gambar fail

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.

Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.

Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.

UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.

Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.