Skuad gimnastik kebangsaan meneruskan aksi cemerlang mereka di Sukan SEA ke-30 di Rizal Memorial Coliseum hari ini, dengan memenangi dua emas, satu perak dan dua gangsa pada Selasa
Selepas terlepas pingat emas dalam acara palang bertingkat dalam dua edisi sebelum ini di Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017, gimnas utama negara, Farah Ann Abdul Hadi akhirnya mengunggulinya selepas berjaya menarik para juri untuk memberikan markah 12.376 mata, hari ini. Ini pingat emas keduanya selepas memenangi acara all-round, semalam.
Atlet Vietnam Do Thi Ngoc perak (11.767 mata), manakala gimnas muda negara Rachel Yeoh Li Wen yang mengutip mata yang sama dengan atlet Vietnam itu hanya diberikan gangsa.
Terdahulu pada acara melombol, Farah, 25, hanya menduduki tempat keempat dengan 12.900 mata, manakala rakan senegara Tan Ing Yueh gagal mempertahankan pingat emas, selepas menduduki tempat kedua dengan 13.300 mata.
Pemenang pingat perak di Kuala Lumpur, Rifda Irfarnaluthfi dari Indonesia, menang emas dengan 13.484 mata.
"Saya amat gembira kerana inilah pingat yang saya gagal menang di Kuala Lumpur dan Singapura. Jadi berasa bersyukur untuk mendapat pingat ini kali ini," kata Farah selepas majlis penyampaian pingat.
Farah akan bertanding untuk mempertahankan pingat emasnya, dalam acara senam lantai pada Rabu.
Sementara itu Tan Fu Jie mengekalkan pingat emasnya dalam acara kekuda pelana selepas mengumpul 13.967 mata, menewaskan atlet tuan rumah Carlos Edrial Yulo (13.233) dan atlet Vietnam Dinh Phoung Thanh (12.867).
"Pingat emas ini amat bermakna untuk saya, kerana selepas Sukan SEA saya gagal beraksi dengan baik. Menang pingat emas ini, menunjukkan yang saya masih boleh lakukannya," katanya.
Terdahulu, Zul Bahrin Mat Asri menang pingat gangsa dalam acara senam lantai, selepas mengutip 13.767 mata.
Atlet tuan rumah Carlos Edrial Yulo menang emas selepas mendapat 14.700 mata, manakala atlet Thailand Surintornta Tikumporn menang perak (13.833).
Malaysia kini mendahului dalam carta pungutan pingat acara gimnastik selepas menang tiga emas, satu perak dan tiga gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 03 2019
![Farah Ann, Fu Jie tambah emas gimnastik Farah Ann, Fu Jie tambah emas gimnastik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51575388094_Emas.jpg)
Skuad gimnastik kebangsaan meneruskan aksi cemerlang mereka di Sukan SEA ke-30 di Rizal Memorial Coliseum hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Konsert Maliq & D'Essentials ditunda Konsert Maliq & D'Essentials ditunda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712152781_maliqdessentials.jpg)
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
![Sukan SEA: Farah Ann mungkin tidak ke Hanoi Sukan SEA: Farah Ann mungkin tidak ke Hanoi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646644363_FarahAnn.jpg)
Sukan SEA: Farah Ann mungkin tidak ke Hanoi
Harapan untuk menyaksikan Ratu Gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi beraksi pada Sukan Sea Hanoi di Vietnam, pada 12-23 Mei ini semakin pudar.
![Farah Ann sudah bersara daripada sukan gimnastik? Farah Ann sudah bersara daripada sukan gimnastik?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646092386_FarahAnn.jpg)
Farah Ann sudah bersara daripada sukan gimnastik?
Ng Shu Wai berkata, Farah Ann sudah berhenti berlatih bersama skuad kebangsaan sejak dua minggu lalu.
![Selangor beri RM10,000 masing-masing kepada 4 atlet negeri ke Sukan Olimpik Tokyo - Exco Selangor beri RM10,000 masing-masing kepada 4 atlet negeri ke Sukan Olimpik Tokyo - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-05/61557825263_GimnastikFarahAnn.jpg)
Selangor beri RM10,000 masing-masing kepada 4 atlet negeri ke Sukan Olimpik Tokyo - Exco
Kerajaan negeri Selangor akan memberi sumbangan wang tunai RM10,000 masing-masing kepada empat atlet negeri itu yang akan bersaing pada temasya Sukan Olimpik Tokyo, bermula 23 Julai ini.
![Sukan Olimpik Tokyo: Farah Ann tumpu persiapan di dalam negara Sukan Olimpik Tokyo: Farah Ann tumpu persiapan di dalam negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623800310_Ratugimnastikartis.jpg)
Sukan Olimpik Tokyo: Farah Ann tumpu persiapan di dalam negara
Namun, rutin latihan diteruskan dengan satu kejohanan simulasi sedang dirancang tatkala dia masih dalam rawatan mengatasi kecederaan ringan.
![COVID-19: 242 atlet, pegawai selesai suntikan dos kedua vaksin COVID-19: 242 atlet, pegawai selesai suntikan dos kedua vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71619858615_Vaksinator.jpg)
COVID-19: 242 atlet, pegawai selesai suntikan dos kedua vaksin
Baki daripada jumlah 264 atlet dan pegawai yang menerima suntikan pertama pada 12 April lepas akan menerima dos kedua setelah pulang ke tanah air.
![Vaksin tambah keyakinan Farah Ann bertanding Piala Dunia Gimnastik Artistik Vaksin tambah keyakinan Farah Ann bertanding Piala Dunia Gimnastik Artistik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618306832_FarahAnn.jpg)
Vaksin tambah keyakinan Farah Ann bertanding Piala Dunia Gimnastik Artistik
Farah Ann berasa lebih lebih selesa dan selamat untuk bersaing dalam Piala Dunia Gimnastik Artistik di Mesir pada Jun ini berbekalkan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech yang diterimanya.
![Gimnastik: Malaysia berisiko hilang khidmat Farah Ann Gimnastik: Malaysia berisiko hilang khidmat Farah Ann](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/61575303742_SukanSEAManila.jpg)
Gimnastik: Malaysia berisiko hilang khidmat Farah Ann
Pemenang tiga pingat emas Sukan SEA Filipina 2019 itu menyuarakan hasratnya untuk bersara selepas tamat Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.
![Farah Ann sifatkan insentif Sukan SEA dorongan lebih berjaya Farah Ann sifatkan insentif Sukan SEA dorongan lebih berjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71579192440_farah.jpg)
Farah Ann sifatkan insentif Sukan SEA dorongan lebih berjaya
Farah Ann Abdul Hadi berkata insentif berkenaan turut mencerminkan sokongan kerajaan negeri terhadap pencapaian atlet negeri itu.
![Olimpik Tokyo: Rachel dedah faktor Farah Ann tidak ke Amerika Syarikat Olimpik Tokyo: Rachel dedah faktor Farah Ann tidak ke Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61575303742_SukanSEAManila.jpg)
Olimpik Tokyo: Rachel dedah faktor Farah Ann tidak ke Amerika Syarikat
Berbaki tujuh bulan sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020, MGF masih runsing memikirkan persiapan buat gimnas negara, Farah Ann, untuk menghadapi temasya itu.
![Farah Ann, Fu Jie tambah emas gimnastik Farah Ann, Fu Jie tambah emas gimnastik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51575388094_Emas.jpg)
Farah Ann, Fu Jie tambah emas gimnastik
Skuad gimnastik kebangsaan meneruskan aksi cemerlang mereka di Sukan SEA ke-30 di Rizal Memorial Coliseum hari ini.