PUTRAJAYA: Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi memasang impian untuk membuka akademi sendiri apabila bersara daripada dunia sukan itu satu hari nanti.
Farah Ann berkata pembukaan akademi itu merupakan sebahagian daripada rancangannya untuk memperkasakan bakat pada peringkat akar umbi dalam usaha memastikan negara tidak ketandusan pelapis bagi sukan gimnastik.
"Akademi Farah Ann itu merupakan satu daripada impian saya satu hari nanti, mungkin rancang tubuhkan dalam masa lima hingga 10 tahun dari sekarang.
"Selain daripada penubuhan sebuah akademi yang bagus, saya juga mahu menganjurkan program atau kem gimnastik buat kanak-kanak pada masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021, di sini hari ini.
Dalam pada itu, atlet berusia 27 tahun itu juga berminat untuk menjadi juri pertandingan mahupun menceburi bidang komunikasi selepas mengucapkan selamat tinggal kepada sukan kesayangannya itu.
Beliau pada masa sama memaklumkan banyak cabang yang boleh diterokai oleh para atlet sekiranya mereka bersara kelak seperti menjadi jurulatih bersama Majlis Sukan Negara ataupun bekerja bersama Institut Sukan Negara mahupun Kementerian Belia dan Sukan.
Sementara itu, mengulas mengenai peruntukan dana RM10 juta untuk menjayakan pelaksanaan Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan, Farah Ann memuji inisiatif kerajaan itu dalam menggalakkan wanita menceburi bidang sukan pada masa akan datang.
Atlet kelahiran Selangor itu juga percaya pelan berkenaan mampu mengangkat konsep kesamarataan bagi aspek jantina sehingga menyaksikan wanita turut serta memacu industri sukan negara.
Pelan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis perasmian sambutan HSN 2021 di sini, menggariskan objektif, strategi dan inisiatif yang terancang ke arah memperkasa penglibatan dan penyertaan wanita dalam pelbagai bidang sukan ke arah menjadikan pembangunan sukan negara yang lebih inklusif dan seimbang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 09 2021

Farah Ann berkata pembukaan akademi itu merupakan sebahagian daripada rancangannya untuk memperkasakan bakat pada peringkat akar umbi. - Gambar fail
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Farah Ann rancang anjur kejohanan sendiri tahun depan
Kejohanan yang diharapkan dapat dianjurkan awal tahun depan, adalah sebahagian daripada rancangan persaraannya.

Farah Ann ucap selamat tinggal pada gelanggang gimnastik, harap dapat curah khidmat
Persaraan atlet berusia 27 tahun itu diumumkan pada Sabtu menerusi Instagram.

Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan
Atlet gimnastik kebangsaan Farah Ann Abdul Hadi berehat daripada menyertai mana-mana kejohanan gimnastik yang kompetetif buat masa ini bagi memfokuskan proses pemulihan dirinya.

Farah Ann impi buka akademi sendiri selepas bersara
Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi memasang impian untuk membuka akademi sendiri apabila bersara daripada dunia sukan itu satu hari nanti.

Olimpik Tokyo 2020: Misi Farah Ann, Azizul Hasni Awang buru pingat buat negara
Walaupun, temasya sukan ini dilaksanakan lewat dari tarikh asalnya namun semangat juang atlet yang terlibat tidak pernah pudar demi meraih pingat buat Malaysia.

Buruan emas pertama Olimpik hampir bermula, atlet negara tiba di Tokyo
Meskipun dianjurkan sedikit lewat akibat COVID-19, kemeriahan temasya sukan terbesar di dunia itu tetap menjadi sebutan peminat sukan seantero dunia.

Farah Ann lega lengkapkan vaksinasi, teruja sertai kejohanan Mesir
Atlet berusia 27 tahun kelahiran Selangor itu berkata, beliau amat bersyukur dan lega kerana beliau kini telahpun melengkapkan kesemua dua dos vaksin itu.

Farah Ann sifatkan insentif Sukan SEA dorongan lebih berjaya
Farah Ann Abdul Hadi berkata insentif berkenaan turut mencerminkan sokongan kerajaan negeri terhadap pencapaian atlet negeri itu.

Farah Ann layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020
Gimnas berumur 25 tahun itu tampil dengan aksi cemerlang dalam pusingan kelayakan individu 'All Around' dalam Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia.

Arena sukan memerlukan lebih ramai 'wanita besi'
Arena sukan pada hari ini memerlukan lebih ramai penglibatan golongan wanita yang berwawasan dan berkeyakinan tinggi sebagai platform dalam memartabatkan golongan wanita di Malaysia.