KUALA LUMPUR: Farah Ann Abdul Hadi yang mengumumkan persaraannya daripada sukan gimnastik artistik pada Sabtu lepas, bercadang untuk memperkenalkan Piala Farah Ann bagi membolehkan gimnas muda tempatan mempamerkan bakat mereka.
Kejohanan yang diharapkan dapat dianjurkan awal tahun depan, adalah sebahagian daripada rancangan persaraannya bertujuan mencungkil bakat tempatan baharu dan membantu memupuk mereka menjadi Olimpian masa depan.
"Saya tahu gimnastik semakin dikenali dan berharap bertemu dengan kanak-kanak serta ibu bapa mereka di seluruh negara untuk berkongsi pengetahuan.
"Mudah-mudahan, saya dapat menganjurkan kejohanan seperti Biles Invitational di Amerika Syarikat, yang dimiliki oleh juara Olimpik Rio 2016 Simone Biles. Insya-Allah, Piala Farah Ann akan sampai ke peringkat antarabangsa, siapa tahu," katanya pada sidang media hari ini.
Menurut Farah Ann, beliau meminta bantuan Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) tentang cara mengendalikan pertandingan dan akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai perkara berkaitan kerjasama dan penajaan.
Selain pertandingan, pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu juga bercadang mengadakan kem gimnastik pada akhir tahun ini, yang mana beliau berharap dapat mencurahkan ilmu dalam sukan itu kepada generasi muda.
Bagaimanapun, Farah Ann mengakui belum terlintas untuk terlibat dalam bidang kejurulatihan kerana beliau lebih berminat untuk menjadi juri gimnastik artistik antarabangsa.
"Untuk menjadi jurulatih, pertama perlu melakukannya secara sepenuh masa dan kedua perlu jadi 'ibu bapa' kepada atlet. Saya rasa belum mampu untuk melakukannya buat masa ini," kata atlet berusia 27 tahun yang sedang mengikuti kursus penjurian gimnastik.
Sementara itu, Farah Ann berkata beliau gembira kerana mencapai hampir segala-galanya dalam kerjayanya sebagai gimnas negara, dengan kemuncaknya bertanding di Sukan Olimpik Tokyo tahun lepas.
"Saya pastinya akan merindui latihan kerana saya melakukannya hampir setiap hari. Tapi, sudah pasti saya teruja untuk melihat apa yang ada untuk saya pada masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 14 2022
Farah Ann (tengah) bersama bapa, Abdul Hadi Ahmad (kiri) dan ibu, Kimberley Ann Gagnon (kanan) ketika sidang media khas mengenai persaraan beliau hari ini. - Bernama
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
[TERKINI] A.S mahu ambil alih Gaza, apa kesannya?
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Kemalangan parkiran bertingkat hospital tiada unsur sabotaj
Insiden membabitkan kereta Honda WRV yang melanggar tembok penghalang di aras 3B parkiran pada 1.15 tengah hari itu berlaku akibat kecuaian.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4285/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 semalam.
AWANI Pagi: Projek Singgah Kopi
Diskusi #AWANIpagi mengenai kerjasama MyFundAction dan INTEC Education College untuk membina usahawan belia melalui projek Singgah Kopi.
Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah - MetMalaysia
Kawasan yang dijangka terlibat ialah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu dan Mukah.
[TERKINI] Konflik Gaza: A.S akan ambil alih gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Farah Ann rancang anjur kejohanan sendiri tahun depan
Kejohanan yang diharapkan dapat dianjurkan awal tahun depan, adalah sebahagian daripada rancangan persaraannya.
Farah Ann ucap selamat tinggal pada gelanggang gimnastik, harap dapat curah khidmat
Persaraan atlet berusia 27 tahun itu diumumkan pada Sabtu menerusi Instagram.
Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan
Atlet gimnastik kebangsaan Farah Ann Abdul Hadi berehat daripada menyertai mana-mana kejohanan gimnastik yang kompetetif buat masa ini bagi memfokuskan proses pemulihan dirinya.
Farah Ann impi buka akademi sendiri selepas bersara
Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi memasang impian untuk membuka akademi sendiri apabila bersara daripada dunia sukan itu satu hari nanti.
Olimpik Tokyo 2020: Misi Farah Ann, Azizul Hasni Awang buru pingat buat negara
Walaupun, temasya sukan ini dilaksanakan lewat dari tarikh asalnya namun semangat juang atlet yang terlibat tidak pernah pudar demi meraih pingat buat Malaysia.
Buruan emas pertama Olimpik hampir bermula, atlet negara tiba di Tokyo
Meskipun dianjurkan sedikit lewat akibat COVID-19, kemeriahan temasya sukan terbesar di dunia itu tetap menjadi sebutan peminat sukan seantero dunia.
Farah Ann lega lengkapkan vaksinasi, teruja sertai kejohanan Mesir
Atlet berusia 27 tahun kelahiran Selangor itu berkata, beliau amat bersyukur dan lega kerana beliau kini telahpun melengkapkan kesemua dua dos vaksin itu.
Farah Ann sifatkan insentif Sukan SEA dorongan lebih berjaya
Farah Ann Abdul Hadi berkata insentif berkenaan turut mencerminkan sokongan kerajaan negeri terhadap pencapaian atlet negeri itu.
Farah Ann layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020
Gimnas berumur 25 tahun itu tampil dengan aksi cemerlang dalam pusingan kelayakan individu 'All Around' dalam Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia.
Arena sukan memerlukan lebih ramai 'wanita besi'
Arena sukan pada hari ini memerlukan lebih ramai penglibatan golongan wanita yang berwawasan dan berkeyakinan tinggi sebagai platform dalam memartabatkan golongan wanita di Malaysia.