PETALING JAYA: Kedua-dua perlawanan terakhir bagi Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam esok akan tetap berlangsung seperti yang dijadualkan.
Perkembangan itu disahkan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Seri Windsor John yang memaklumkan, tiada perubahan venue atau tarikh dengan kedua-dua aksi antara Bahrain dan Turkmenistan serta Malaysia dan Bangladesh akan tetap dijalankan di Stadium Nasional.
"Tiada pertukaran venue, kedua-dua perlawanan akan bermain seperti biasa," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah terdapat kemungkinan berlaku pertukaran venue atau perubahan waktu perlawanan, susulan isu permukaan padang Stadium Nasional yang digenangi air akibat hujan lebat sebelum perlawanan Malaysia menentang Bahrain, Sabtu lepas.
Lebih parah, apabila tular beberapa petugas yang dilihat menggunakan penyodok dan kadbod, dalam usaha mengalirkan air keluar dari padang sebelum perlawanan bermula yang menyaksikan tindakan itu menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan netizen di media sosial.
Malah, ketua jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon dan pengendali Bahrain Helio Sousa turut mengakui permukaan padang pada malam itu menjejaskan rentak pasukan untuk bermain pada prestasi terbaik.
Semalam, media tempatan melaporkan terdapat kemungkinan berlaku perubahan venue bagi kedua-dua aksi esok ekoran, masalah air bertakung apabila hujan turun dengan lebat di Stadium Nasional dengan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras disebut-sebut sebagai antara gelanggang alternatif.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022
![Stadium Nasional tetap jadi pilihan AFC esok Stadium Nasional tetap jadi pilihan AFC esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/51527244413_StadiumNasionalBuk.jpg)
Kedua-dua aksi antara Bahrain dan Turkmenistan serta Malaysia dan Bangladesh akan tetap dijalankan di Stadium Nasional. - Bernama
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kelayakan Piala Dunia: Indonesia sah ke pusingan ketiga, layak ke Piala Asia Kelayakan Piala Dunia: Indonesia sah ke pusingan ketiga, layak ke Piala Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718143123_Indonesia.jpg)
Kelayakan Piala Dunia: Indonesia sah ke pusingan ketiga, layak ke Piala Asia
Indonesia layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan akan beraksi dalam Piala Asia 2027 selepas menewaskan Filipina 2-0 malam tadi.
![Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712722817_pangon.jpg)
Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.
![Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717711219_HarimauMalaya.jpg)
Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027
Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada aksi Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Bishkek.
![Harimau Malaya tewaskan Perak FC 1-0 dalam aksi pemanas badan Harimau Malaya tewaskan Perak FC 1-0 dalam aksi pemanas badan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717191200_DanielTing.jpg)
Harimau Malaya tewaskan Perak FC 1-0 dalam aksi pemanas badan
Ia sebagai persediaan menjelang dua perlawanan penting Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan.
![FAM puas hati keadaan padang SNBJ menjelang aksi Harimau Malaya, Taiwan FAM puas hati keadaan padang SNBJ menjelang aksi Harimau Malaya, Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717061539_SNBJ.jpg)
FAM puas hati keadaan padang SNBJ menjelang aksi Harimau Malaya, Taiwan
Permukaan padang SNBJ berada pada tahap terbaik menjelang perlawanan terakhir Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Taiwan.
![Piala Asia: Malaysia tempah slot separuh akhir Piala Asia: Malaysia tempah slot separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715702708_TBHOKIWANITA.jpg)
Piala Asia: Malaysia tempah slot separuh akhir
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan mara ke separuh akhir Piala Asia 2024 selepas menundukkan Iran 4-2 pada saingan terakhir Kumpulan A di Chonburi, Thailand malam ini.
![Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705140390_SubahanKamal.jpg)
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia
Subahan Kamal berkata skuad negara dilihat semakin mantap dengan gabungan pemain berpengalaman dan baharu untuk kejohanan berkenaan.
![Harimau Malaya jumpa Oman pagi Jumaat Harimau Malaya jumpa Oman pagi Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710986342_TBharimaumalaya.jpg)
Harimau Malaya jumpa Oman pagi Jumaat
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon telah menjalani Sesi Latihan Rasmi di stadium berkenaan pada Rabu.
![Arif Aiman tiada dalam skuad B-23 ke Piala Asia Arif Aiman tiada dalam skuad B-23 ke Piala Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710230632_TBBOLA.jpg)
Arif Aiman tiada dalam skuad B-23 ke Piala Asia
TEKA-teki sama ada pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi akan disenaraikan dalam skuad Harimau Muda ke Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) Qatar pada April akhirnya terjawab.
!['Saya kecewa, terluka' - Pan-gon 'Saya kecewa, terluka' - Pan-gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709966249_TBKimPanGon.jpg)
'Saya kecewa, terluka' - Pan-gon
Kim Pan-gon mengharapkan penyokong tidak meletakkan harapan terlalu tinggi menjelang dua perlawanan Kumpulan D saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.