KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan menamatkan saingan Piala Negara-Negara 2022 di Afrika Selatan, dalam episod duka apabila tumpas 0-4 kepada Korea Selatan pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat pada Ahad.
Pada aksi di Stadium NWU Astro, Potchefstroom itu, Korea Selatan memperoleh kedudukan selesa pada suku kedua permainan menerusi jaringan padang Seo Inwoo pada minit ke-22 dan Lee Namyong empat minit kemudian.
Korea Selatan yang sebelum ini mengatasi Malaysia 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan B pada Isnin lepas, terus menambah derita skuad 'Speedy Tigers' menerusi pukulan sudut penalti Hwang Taeil pada minit ke-39, sebelum Jang Jonghyun melengkapkan kemenangan pasukannya pada minit ke-59.
Kemenangan Korea Selatan itu sekali gus menebus kekecewaan mereka selepas tumpas 2-3 kepada Malaysia pada final Piala Sultan Azlan Shah 2022, baru-baru ini.
Pada kejohanan ini, skuad kendalian A. Arul Selvaraj mara ke peringkat empat terakhir selepas menewaskan Kanada 1-0 dan Jepun 5-1 pada aksi kumpulan, namun tewas 0-3 kepada Ireland pada peringkat separuh akhir pada Sabtu.
Arul Selvaraj berkata kecederaan tujuh pemain utamanya menyebabkan pasukan bergelut pada kejohanan itu, sekali gus terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keempat.
"Walaupun tewas, pemain telah cuba sedaya upaya. Namun, nampak kekurangan power dalam badan, dari segi kaki dan sebagainya... sudah tentu disebabkan kekurangan pemain untuk kita buat pertukaran pemain.
"Kelemahan agak ketara dari segi dua, tiga muka baharu yang masuk selepas kita hilang tujuh core players dalam kejohanan ini. Itu buat kita agak susah untuk kekal rentak di peringkat ini.
"Namun secara keseluruhan bagus untuk pemain-pemain baharu dapatkan minit permainan," katanya menerusi video yang dikongsikan kepada media.
Beliau berkata selepas pulang ke tanah air, anak buahnya akan diberikan rehat selama seminggu sebelum memulakan persiapan terakhir ke Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India bermula 13 hingga 29 Jan depan.
Bagi pemain yang cedera, Arul Selvaraj berkata mereka perlu mengikuti proses rehabilitasi supaya dapat menyertai pasukan secepat mungkin.
Sementara itu, tuan rumah Afrika Selatan muncul juara selepas menewaskan Ireland 4-3 pada aksi final, sekali gus meraih tiket ke Liga Pro FIH 2023-2024.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2022

Pemain Korea Selatan, Manjae Jung (merah) mengatasi Zul Pidaus Mizun ketika pasukan itu mengatur serangan. - Foto WorldSportPics

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Skuad Speedy Tigers perlu pamer 'hasil terbaik' tahun ini - Mirnawan
Pasukan hoki lelaki kebangsaan perlu mempamerkan 'hasil terbaik' menerusi setiap kejohanan antarabangsa yang bakal disertai tahun ini.

MHL 2025 peluang pemain bukti kehebatan untuk sertai Speedy Tigers - Sarjit
Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025 menjadi platform pemilihan pemain untuk menyertai skuad hoki kebangsaan, kata Ketua Jurulatih Sarjit Singh.

ACT: The Speedy Tigers akhiri cabaran di tempat keenam
Skuad hoki negara mengakhiri saingan Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di tempat keenam selepas tewas kepada Jepun.

Speedy Tigers tutup kempen Eropah dengan kekalahan
Skuad hoki lelaki kebangsaan menamatkan kempen jelajah Eropah dengan satu lagi kekalahan, kali ini tumpas kepada India, 1-2, di Zwolle Hockey Club, Belanda pada Ahad.

Sarjit kecewa persembahan Speedy Tigers selepas dibelasah Jerman
Ketua jurulatih pasukan hoki lelaki negara, Sarjit Singh nyata kecewa dengan prestasi anak buahnya ketika dibelasah 10-1 oleh Jerman.

Speedy Tigers adakan Siri Jelajah Eropah bulan depan
Speedy Tigers akan menghadapi tujuh perlawanan menentang Belgium, Jerman, Belanda dan India dalam jelajah selama dua minggu itu.

Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh
Malaysia menang 5-4 ke atas Austria dan menduduki tempat ketujuh daripada sembilan negara dalam kempen Piala Negara-Negara 2024.

Piala Negara-Negara: Speedy Tigers atasi Kanada 4-2
Ia kemenangan sulung Speedy Tigers dalam saingan itu selepas seri dalam perlawanan pembukaan menentang Pakistan dan tewas kepada Perancis.

Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.

SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.