HANGZHOU: Skuad hoki lelaki kebangsaan menepati ramalan selepas mudah mengatasi Indonesia 9-2 pada aksi ketiga Kumpulan B temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Gongshu Canal Sports Park, di sini, hari ini.
Indonesia dibimbing bekas jurulatih skuad wanita kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah memberikan tentangan sengit di suku pertama apabila mengikat kedudukan 1-1 selepas gol Ahdan Asasi Ramadhan Uno pada minit ke-15 menafikan gol pembukaan Mohamad Ashran Hamsani pada minit ke-10.
Pasukan negara mula menguasai permainan di suku kedua selepas kembali di depan menerusi gol Muhammad Firhan Ashari pada minit ke-17 sebelum jaringan pukulan sudut penalti Muhammad Najmi Farizal Jazlan dua minit berselang memastikan Malaysia mendahului selesa 3-1.
Di suku ketiga skuad bimbingan Arul Selvaraj mula menunjukkan taring selepas meledak lima gol masing-masing menerusi tiga pukulan sudut penalti Faizal Saari pada minit ke-33, Muhammad Najmi (minit ke-35) dan Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-43.
Sementara Shello Silverius dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal masing-masing mencetak nama sebagai penjaring untuk menjadikan kedudukan 8-1 menjelang suku terakhir.
Malaysia menambah satu lagi jaringan hasil pukulan sudut penalti Muhamad Aminudin Mohd Zain pada minit ke-48 sebelum Indonesia berjaya mencuri satu lagi gol menerusi pukulan penalti Aulia Akba Al Ardh pada minit ke-55.
Meskipun melakar kemenangan, Arul kurang berpuas hati dengan persembahan anak buahnya selepas membenarkan pihak lawan membolosi gawang negara sebanyak dua kali dalam tiga perlawanan kumpulan.
"Saya tidak puas hati dari segi konsentrasi, teknikal dan apabila kita membenarkan Indonesia menjaringkan dua gol. Saya tidak gembira dan saya akan selesaikannya esok," katanya selepas perlawanan itu.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia merakam tiga kemenangan berturut-turut selepas membenam Thailand 9-0 dan Oman 11-1 dalam dua aksi pertama.
Malaysia akan mengharungi perlawanan tumpuan menentang Korea Selatan di venue sama, Sabtu ini yang dianggap sebagai aksi penentu juara kumpulan sebelum menamatkan saingan kumpulan bertemu China, Isnin depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023

Malaysia akan mengharungi perlawanan tumpuan menentang Korea Selatan Sabtu ini yang dianggap sebagai aksi penentu juara kumpulan sebelum menamatkan saingan kumpulan bertemu China, Isnin depan. - Gambar FB Malaysian Hockey Confederation

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Speedy Tigers jadikan Indonesia mangsa belasahan seterusnya
Skuad hoki lelaki kebangsaan menepati ramalan selepas mudah mengatasi Indonesia 9-2 pada aksi ketiga Kumpulan B temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Gongshu Canal Sports Park, di sini, hari ini