KUCHING: Kementerian Belia dan Sukan Sarawak akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kehadiran pengunjung ke stadium dalam masa terdekat.
Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia berikutan keputusan terkini kerajaan yang bersetuju membenarkan kejohanan sukan dengan kehadiran penonton di stadium atau venue bermula 1 April ini.
"Selepas 1 April 2021, ada SOP baharu berkaitan kehadiran penyokong dan pengunjung di stadium termasuk kemudahan-kemudahan sukan yang lain.
“Kita akan membuat pengumuman SOP tersebut dalam masa terdekat," katanya selepas merasmikan perlawanan pembukaan Liga Bola Sepak SSC-FAS 2021 di Stadium Negeri pada Ahad.
Sebelum ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peminat bola sepak negara akan dibenarkan hadir ke stadium untuk menonton perlawanan saingan Liga Malaysia (MFL) bermula 1 April ini.
Malah kebenaran itu meliputi kehadiran penonton ke stadium bagi semua kejohanan sukan dengan beberapa syarat.
Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kapasiti penonton yang dibenarkan adalah 10 peratus atau 2,000 individu atau mana-mana yang lebih rendah dengan kawalan penyeliaan sepanjang masa.
Sementara di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula katanya, kapasiti penonton dibenarkan sehingga 25 peratus atau 8,000 atau mana-mana yang lebih rendah dengan kawalan penyeliaan sepanjang masa.
Bagaimanapun, aksi Liga Malaysia yang sedang berlangsung ketika ini tidak dilaksanakan di Sarawak yang diwakili Sarawak United FC dan Kuching City FC.
Kedua-dua pasukan itu menggunakan stadium di Semenanjung Malaysia sebagai gelanggang ‘home’ sepanjang kempen Liga Perdana 2021.
Ia susulan daripada arahan kuarantin wajib selama 14 hari apabila memasuki Sarawak yang menyukarkan pasukan tuan rumah mahupun pelawat bermain mengikut jadual perlawanan ditetapkan.
Astro Awani
Mon Mar 22 2021

Bagaimanapun, aksi Liga Malaysia yang sedang berlangsung ketika ini tidak dilaksanakan di Sarawak yang diwakili Sarawak United FC dan Kuching City FC. - Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

SOP kehadiran penonton ke stadium di Sarawak diumum dalam masa terdekat
Kementerian Belia dan Sukan Sarawak akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kehadiran pengunjung ke stadium dalam masa terdekat.

COVID-19: Semua sektor sukan di Sarawak dibuka berkuat kuasa hari ini
Semua aktiviti sukan dan rekreasi bagi kategori individu dan berpasukan di Sarawak dibenarkan berkuat kuasa, hari ini.