IMPIAN beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, untuk meraih gelaran pertama di pentas final Kejohanan Terbuka Switzerland di Basel tidak kesampaian, selepas tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.
Selepas menamatkan cabaran di kedudukan kedua pada kejohanan sama pada edisi lepas, Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya dengan kemenangan 21-17, 19-21, 21-17 dalam tempoh 60 minit di St. Jakobshalle.
Pada set pertama, Soon Huat-Shevon yang berada pada kedudukan ke-11 dunia tampak bertenaga untuk memberi saingan sengit kepada pasangan China itu, namun tidak dapat menandingi kehebatan mereka apabila ditundukkan 17-21.
Pasangan Malaysia itu yang memulakan set kedua dengan perlahan apabila ketinggalan 14-16 kembali memperkemaskan corak permainan, apabila bangkit mengikat kedudukan dengan kemenangan 21-19 pada set kedua, seterusnya mengheret perlawanan ke set penentuan.
Walaupun Soon Huat-Shevon terus menampilkan aksi bertenaga, ia belum cukup untuk mengekang penguasaan pasangan bukan pilihan dari China itu, apabila mereka memuktamadkan kejayaan dengan 21-17.
Ini merupakan pertama kalinya Soon Huat-Shevon bertemu pemenang Masters China 2023 itu.
Terbuka Switzerland ialah kejohanan acara Jelajah Dunia Super 300 BWF, yang menawarkan hadiah bernilai AS$16,590 (kira-kira RM70,000) bagi pemenang acara beregu dan AS$7,980 (kira-kira RM30,000) bagi finalis, selain mata ranking BWF.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2023

Gandingan negara itu telah berhempas-pulas namun terpaksa tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini. - Facebook BAM
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.

Pei Jing mahu tamatkan gandingan dengan Kian Meng tanpa penyesalan
Selepas hampir sembilan tahun bergandingan dalam beregu campuran, Lai Pei Jing tekad mengakhiri perjalanan bersama Tan Kian Meng dengan prestasi terbaik tanpa dibayangi tekanan atau penyesalan, pada K

Soon Huat-Shevon kini nombor tiga dunia
Perubahan ranking terbaru ini dilihat bakal menyuntik semangat buat Soon Huat-Shevon yang memburu kejuaraan pertama musim ini.

Ranking Pang Ron-Su Yi naik mendadak selepas prestasi cemerlang
Ranking beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yi meningkat ketara mengikut kemas kini carta kedudukan Kesatuan Badminton Dunia (BWF).

Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.

Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.

Masters China: Tang Jie-Ee Wei pamer kebangkitan penuh dramatik sebelum mara ke separuh akhir
Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berjaya melangkah ke separuh akhir Masters China.

'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.

Terbuka China: Tang Jie-Ee Wei hanya perlu 26 minit untuk mara ke pusingan kedua
Gandingan kesembilan dunia itu mudah menewaskan K.Sathish KumarAadya Variyath dengan keputusan straight set 21-14, 21-11.

Tang Jie-Ee Wei mara ke final Terbuka Korea
BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke perlawanan akhir Terbuka Korea selepas menewaskan gandingan berpengalaman dari China, Cheng Xing-Zhang Chi di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul.

Terbuka Jepun: Tang Jie-Ee Wei, Leong Jun Hao mara ke pusingan seterusnya
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan wakil Taiwan, Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh, 21-19 21-14, dalam pusingan 32 saingan Terbuka Jepun.