KUALA LUMPUR: Pemain Mesir Mazen Hesham bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menundukkan rakan senegara dan pilihan pertama kejohanan Tarek Momen 2-11, 8-11, 11-6, 11-8, 11-5 untuk menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2022 semalam.
Mazen yang berada di ranking kesembilan dunia terpaksa bertarung selama 45 minit untuk menewaskan Tarek yang merupakan pemain nombor tujuh dunia di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil di sini.
Pemain berusia 28 tahun itu yang merupakan pilihan ketiga kejohanan berkata kemenangannya itu merupakan hasil kerja keras.
"Hari ini merupakan hari yang paling menggembirakan buat saya, selepas muncul juara. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, sepupu dan setiap orang yang rapat dengan saya yang menyokong saya melalui saat yang mencabar ini," kata beliau.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir selaku Penaung Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM).
Sementara itu, wakil Belgium Nele Gilis yang muncul juara perseorangan wanita Terbuka Malaysia buat julung kali tidak dapat menahan emosi dengan air mata kegembiraannya mengalir selepas segala apa yang dirancangnya menjadi.
Pemain pilihan kedua kejohanan itu menewaskan pilihan utama dari Amerika Syarikat, Olivia Fiechter 5-11, 11-5, 13-11, 11-9 yang berlangsung selama 59 minit.
"Kemenangan di Malaysia buat kali pertama amat bermakna bagi saya kerana ia sememangnya perlawanan yang mencabar. Kami pernah bertemu di Terbuka Singapura 2022 minggu lepas, jadi saya rasa saya sudah menemui rentak sendiri apabila berhadapan beliau hari ini.
"Kemenangan ini adalah untuk keluarga saya kerana mereka tiada di sini begitu juga rakan-rakan, jurulatih dan semua pasukan saya yang bekerja keras untuk membantu saya meningkatkan mutu permainan kerana saya percaya tanpa mereka, memenangi perlawanan ini adalah mustahil," kata pemain berusia 26 tahun itu.
Kejohanan Terbuka Malaysia menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$52,500 (RM235,200) untuk kedua-dua kategori lelaki dan wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2022
![Skuasy: Mazen, Gilis juarai Terbuka Malaysia 2022 Skuasy: Mazen, Gilis juarai Terbuka Malaysia 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669498243_Skuasy.jpg)
Mazen Hesham dan Nele Gilis bergambar bersama pada akhir kejohanan di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil semalam. --fotoBERNAMA
Aksi kontinjen negara di hari keempat sukan Olimpik
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam membawakan perkembangan semasa kontijen negara di sukan Olimpik Paris 2024.
Penyusutan air Empangan Pedu bawa 'rezeki' kepada penduduk setempat
Paras Empangan Pedu di Kedah yang menyusut susulan fenomena cuaca panas pada masa sama membawa rezeki kepada penduduk setempat yang berpusu-pusu mencari lokan.
AGC tolak representasi warga Israel kaji dua pertuduhan
Jabatan Peguam Negara menolak representasi yang dikemukakan Avitan Shalom bagi mengkaji semula dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan memperdagangkan enam senjata api.
![Pasaran getah ditutup rendah seiring kejatuhan niaga hadapan getah serantau Pasaran getah ditutup rendah seiring kejatuhan niaga hadapan getah serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714826601_Penorehgetah.jpg)
Pasaran getah ditutup rendah seiring kejatuhan niaga hadapan getah serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa disebabkan kejatuhan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
![MIC akan kemuka cadangan kawal selia pengunaan media sosial - Dr R.Nelson MIC akan kemuka cadangan kawal selia pengunaan media sosial - Dr R.Nelson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
MIC akan kemuka cadangan kawal selia pengunaan media sosial - Dr R.Nelson
MIC akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Komunikasi berhubung mengawal selia penggunaan media sosial terutamanya TikToK bagi pengguna di bawah usia 18 tahun.
![Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697078017_SretthaThavisin.jpg)
Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan
Srettha akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di wilayah selatan untuk membincangkan isu keselamatan sempadan dan dwikewarganegaraan.
Sultan pahang dukacita Cameron Highland dijajah
Sultan Pahang dukacita dengan penjajahan tanah secara berleluasa oleh warga asing, terutama di Cameron Highlands.
[TERKINI] JPJ sita 73 kenderaan dikendali warga asing di Putrajaya
JPJ dan Perbadanan Putrajaya menyita 72 motosikal termasuk sebuah kereta dalam operasi bersepadu pemandu warga asing di sekitar pusat pentadbiran Putrajaya.
![Bursa Malaysia ditutup rendah, FBM KLCI turun 12.62 mata Bursa Malaysia ditutup rendah, FBM KLCI turun 12.62 mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah, FBM KLCI turun 12.62 mata
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 12.62 mata atau 0.78 peratus kepada 1,611.94 daripada 1,624.56 ketika ditutup pada Isnin.
![Kanak-kanak 12 tahun pandu kereta: JPJ akan panggil ibu bapa Kanak-kanak 12 tahun pandu kereta: JPJ akan panggil ibu bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722253230_TBREMAJAKERETA.jpg)
Kanak-kanak 12 tahun pandu kereta: JPJ akan panggil ibu bapa
Pihaknya sedia maklum kes tersebut sudah dalam tindakan polis, namun JPJ akan turut menjalankan siasatan dan notis kehadiran bantu siasatan telah dikeluarkan kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan.
![Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720327774_MohamedSalahLiver.jpg)
Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, antara yang terkesan dengan berita kematian rakan sepasukan di kem Mesir, Ahmed Refaat.
![Kabinet baharu Mesir angkat sumpah Kabinet baharu Mesir angkat sumpah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720042829_EgyptNewCabinet.jpg)
Kabinet baharu Mesir angkat sumpah
Abdel-Fattah menaikkan pangkat Abdel-Maguid Sakr kepada Leftenan Jeneral dan melantiknya sebagai Menteri Pertahanan dan Pengeluaran Tentera.
![Hamas, Ketua Perisikan Mesir bincang gencatan senjata Gaza Hamas, Ketua Perisikan Mesir bincang gencatan senjata Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719733142_TBIsmailHaniyeh.jpg)
Hamas, Ketua Perisikan Mesir bincang gencatan senjata Gaza
Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, membincangkan gencatan senjata di Gaza dengan Ketua Perisikan Mesir Abbas Kamel menerusi panggilan telefon pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
![Mesir, Qatar terima maklum balas Hamas mengenai cadangan gencatan senjata di Gaza Mesir, Qatar terima maklum balas Hamas mengenai cadangan gencatan senjata di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717131666_TBPalestinian.jpg)
Mesir, Qatar terima maklum balas Hamas mengenai cadangan gencatan senjata di Gaza
Mesir dan Qatar menerima maklum balas daripada Hamas dan Jihad Islam berhubung cadangan gencatan senjata serta pertukaran tawanan baru-baru ini.
![Hamas hantar maklum balas kepada pelan gencatan senjata Gaza Hamas hantar maklum balas kepada pelan gencatan senjata Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715845069_Palestinians.jpg)
Hamas hantar maklum balas kepada pelan gencatan senjata Gaza
Pengantara Mesir dan Qatar menerima maklum balas daripada Hamas dan PIJ kepada rancangan gencatan senjata Amerika Syarikat untuk Gaza.
![Mesir, AS setuju untuk giatkan usaha capai perjanjian gencatan senjata di Gaza Mesir, AS setuju untuk giatkan usaha capai perjanjian gencatan senjata di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718036995_EgyptUSBlinkenFa.jpg)
Mesir, AS setuju untuk giatkan usaha capai perjanjian gencatan senjata di Gaza
Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken pada Isnin bersetuju untuk mempergiatkan usaha mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza.
![Qatar, Mesir dan AS seru Israel, Hamas muktamadkan cadangan gencatan senjata Qatar, Mesir dan AS seru Israel, Hamas muktamadkan cadangan gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717126959_Palestinians.jpg)
Qatar, Mesir dan AS seru Israel, Hamas muktamadkan cadangan gencatan senjata
Pengantara gencatan senjata Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat menyeru Israel dan Hamas untuk memuktamadkan perjanjian.
![Johari ketuai lawatan kerja ke Mesir, Turkiye Johari ketuai lawatan kerja ke Mesir, Turkiye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709192807_TBJOHARIABDULGHA.jpg)
Johari ketuai lawatan kerja ke Mesir, Turkiye
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesir dan Turkiye dari 27 Mei hingga 1 Jun, 2024.
![Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715957421_TBMesir.jpg)
Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi
Mesir telah mengambil alih jawatan Presiden Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D8) untuk tempoh sehingga akhir 2025, menggantikan Bangladesh.
![Cabaran hebat menanti Sivasangari, Eain Yow pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Dunia Cabaran hebat menanti Sivasangari, Eain Yow pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715586447_TBSivasangariSubram.jpg)
Cabaran hebat menanti Sivasangari, Eain Yow pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari mengetuai kemaraan pemain Malaysia dalam kempen Kejohanan Skuasy Dunia 2024 di Mesir.