KUALA LUMPUR: Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan mengalami kekalahan besar 0-9 di tangan India pada aksi sulung Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita 2022 di Muscat, Oman, awal pagi tadi.
Pada aksi di Kompleks Sultan Qaboos itu, India menjaringkan lapan gol padang dan satu gol menerusi pukulan sudut penalti bermula dengan jaringan pembukaan Katariya Vandana pada minit kelapan sebelum Deep Grace Ekka menyempurnakan pukulan sudut penalti dua minit kemudian.
India menambah dua gol sebelum rehat menerusi Navneet Kaur pada minit ke-15 dan ke-27 sebelum Vandana menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-34 selain giliran Lalremsiami mencatat nama sebagai penjaring gol keenam India pada minit ke-38.
Tiga lagi gol India masing-masing dijaringkan Monika pada minit ke-40 dan Sharmila Devi (minit ke-46 dan ke-59).
Dalam kenyataan dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini, Ketua Jurulatih negara Mohd Nasihin Nubli Ibrahim mengakui India selaku pasukan ranking pertama Asia bukan tandingan anak buahnya yang kurang pengalaman beraksi di pentas antarabangsa.
Beliau berkata India yang menduduki tempat keempat di Sukan Olimpik Tokyo 2020 mempunyai misi turun ke kejohanan itu untuk membuktikan mereka adalah pasukan terbaik, malah turut membariskan 16 pemain yang beraksi di temasya Olimpik.
"Pada perlawanan hari ini India menunjukkan bahawa mereka berada pada tahap yang tinggi terutama dalam sudut teknikal, kemahiran bermain hoki serta tahap kecergasan.
"Kekalahan ini pastinya menjadi satu pengalaman pahit untuk pemain terutamanya mereka yang tidak mempunyai sebarang caps (penampilan) antarabangsa dan kami barisan kejurulatihan memainkan peranan untuk menaikkan semula motivasi mereka yang sememangnya kecewa," katanya.
Mohd Nasihin pada masa sama berkata banyak penambahbaikan perlu dilakukan terutama dari sudut kecergasan pemain dan kemahiran teknikal untuk diserapkan dalam pasukan sebelum turun berdepan Singapura pada aksi kedua, esok.
"Kami akan melihat satu perlawanan demi satu perlawanan dan barisan kejurulatihan akan membuat analisa video untuk meneliti sudut yang perlu diperbaiki. Saya juga mengingatkan pemain bahawa kami masih belum terkeluar daripada kejohanan dan misi di sini masih belum berakhir," katanya.
Selepas bertemu Singapura, Malaysia dijadual melengkapkan saingan kumpulan menentang Jepun pada 24 Jan dalam usaha memburu dua kedudukan teratas untuk mara ke peringkat separuh akhir kejohanan itu yang juga merupakan kelayakan Piala Dunia Wanita 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 22 2022

Barisan pemain hoki Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan sewaktu mengadakan sesi latihan baru-baru ini. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Skuad wanita negara dibelasah India pada aksi pembukaan Hoki Piala Asia
Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan mengalami kekalahan besar 0-9 di tangan India pada aksi sulung Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita 2022 di Muscat, Oman, awal pagi tadi.