SKUAD Ragbi 15 sebelah negara di bawah bimbingan Lee Nyuk Fah mengharapkan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dapat mengadakan program komprehensif dalam usaha mereka bersaing dalam kejohanan yang lebih mencabar.
Skuad negara mempertahankan kejuaraan Divisyen 1 Asia di Ipoh, minggu lalu, dengan menundukkan Sri Lanka dalam perlawanan akhir.
Skuad negara bakal berdepan Korea Selatan dan Hong Kong dalam saingan Liga Perdana sebelum berdepan salah satu negara Oceania di peringkat play-off untuk ke Piala Dunia.
Justeru, Nyuk Fah akan mengadakan perbincangan dengan KRM dalam masa terdekat bagi merencanakan program sehingga April 2018 bagi memastikan peningkatan prestasi skuad negara.
Sambil memuji kerjasama dan semangat antara anak-anak buahnya dalam memastikan kejayaan Divisyen 1, Nyuk Fah juga berharap pelaksanaan liga profesional dapat diadakan pada masa akan datang agar mereka dapat menjalani latihan sepenuh masa.
"Pemain-pemain yang bersama skuad negara ketika ini terdiri daripada pekerja dan pelajar. Mereka terpaksa memohon pelepasan cuti, malah ada yang sanggup dipotong gaji untuk membolehkan mereka menjalani latihan bersama skuad negara.
"Ketua pasukan, Syahir Asraf Rosli, contohnya bertugas sebagai seorang guru.
"Jika kita ingin bersaing dengan pasukan hebat seperti Hong Kong dan Korea, kami perlu menjalani persiapan rapi.
"Rata-rata pemain Korea terdiri daripada pemain profesional yang beraksi dalam Liga Jepun.
"Untuk menghadapi saingan Liga Perdana, kami memerlukan pelepasan sekurang-kurangnya selama empat minggu.
"Adalah penting kami mendapat jawapan positif daripada KRM," ujarnya.
Beliau juga merancang untuk mengadakan aksi persahabatan dan latihan di luar negara bagi memantapkan prestasi anak buahnya.
"Dengan berlatih di luar negara, ia dapat memberi pendedahan kepada pemain daripada aspek fizikal dan mengatur perlawanan yang baik, setaraf dengan pasukan Korea dan Hong Kong, yang bakal kami hadapi."
Astro Arena
Sat May 27 2017

Skuad negara bakal berdepan Korea Selatan dan Hong Kong dalam saingan Liga Perdana sebelum berdepan salah satu negara Oceania di peringkat play-off untuk ke Piala Dunia. - Astro Arena

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.

'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.

Skuad boling lelaki negara muncul juara Piala Dunia di Hong Kong
Skuad boling lelaki negara muncul juara dalam acara berpasukan Piala Dunia Boling Tenpin selepas menewaskan Puerto Rico 3-2.

Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia
Mereka adalah Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Sin Li Jane, yang akan disertai seorang lagi wakil negara Gillian Lim.

Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.

Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.

Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.

APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.

Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.

Hong Kong siasat kematian sembilan monyet di zoo
Kematian sembilan ekor monyet dalam beberapa hari di sebuah zoo di Hong Kong, mendorong siasatan dijalankan untuk mengetahui puncanya, lapor United Press International (UPI).