Bagi Iskandar skuad muda sudah buktikan mereka bukan budak belasahan dan akan terus buktikan kredibiliti kepada peminat badminton tanah air.
"Memang saya yakin kerana semangat sepasukan sangat bagus. Semua orang nak lawan kita menjadi takut, jadi saya harap semua orang ada tanggungjawab selepas ini. Semua dah rasa, semua dah bagi peluang dan semua perlu bekerja keras lagi," kata Iskandar.
Mengimbas kembali aksi menentang India itu, semangat juang Iskandar dalam menghadiahkan mata ketika Malaysia ketinggalan 2-0 adalah sesuatu yang istimewa.Malah Iskandar juga berdepan situasi sukar memandangkan dia tewas set pertama dalam pertembungan menentang Ajay Jayaram sebelum bangkit untuk menang dua set berikutnya.
Perubahan juga sudah mula dirasakan dalam skuad beregu lelaki apabila dalam saat genting mereka tidak mengecewakan.
Seperti gandingan Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin yang mengheret aksi ke set penentuan menewaskan gandingan yang lebih berpengalaman.
"Untuk individu, kita tidak akan rasa bangga sangat sebab kita main satu pusingan demi satu pusingan," kata Ee Yi.
Soo Teck Zhi perseorangan terkahir negara, pikul beban gagal hadirkan kemenangan namun tidak ada sebab untuk mengkritik kesungguhan dia.
Sejak bergelar juara Remaja Asia pada 2013, inilah kali pertama dia diberikan tugas penting dalam skuad negara, peluang yang dinantikan selepas sekian lama.
"Kita memang banyak belajar dan dapatkan pengalaman terutamanya kejohanan seperti ini," kata Teck Zhi.