KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengesahkan skuad lelaki dan wanita akan berada dalam Program Podium sehingga Januari depan sebagai persediaan menghadapi aksi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.
Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal berkata adalah penting bagi skuad Speedy Tigers dan Malaysian Tigress menampilkan aksi terbaik untuk menempah slot beraksi pada temasya itu kerana Majlis Sukan Negara (MSN) akan menilai semula kedudukan mereka dalam program berkenaan selepas kelayakan tersebut berakhir.
"Alhamdullilah kita berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara kerana dalam perbincangan bersama Ketua Pengarah MSN Abdul Rashid Yaakub, pasukan lelaki memang dalam Program Podium (sejak 2017) namun wanita tidak, tetapi kita merayu dan dipersetujui dalam mesyuarat.
"Pasukan wanita sepatutnya hanya dalam Program Podium dari Jun hingga Oktober 2023 ketika persediaan ke Sukan Asia Hangzhou 2022, tetapi diberi peluang sama macam kumpulan lelaki sehingga Kelayakan Olimpik pada Januari depan. Pasti (program podium akan dinilai semula) selepas aksi kelayakan bergantung kepada outcome," katanya.
Subahan berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan di MSN, Bukit Jalil di sini hari ini.
Skuad hoki lelaki akan beraksi dalam Kelayakan Olimpik di Muscat, Oman bermula 15 hingga 21 Jan depan, dan diundi menentang Great Britain, Pakistan dan China dalam Kumpulan A.
Sementara, skuad hoki wanita yang akan beraksi di Valencia, Sepanyol pada 13 hingga 24 Jan depan, diundi dalam Kumpulan B bersama Great Britain, Sepanyol dan Kanada.
Pasukan yang berada di kedudukan tiga teratas di setiap kejohanan kelayakan Olimpik akan mendapat slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
Subahan berkata adalah penting bagi skuad Speedy Tigers dan Malaysian Tigress menampilkan aksi terbaik untuk menempah slot beraksi pada temasya itu. - Bernama
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Young Tigers tempah slot ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2024
Young Tigers sah ke peringkat separuh akhir dan Piala Dunia Remaja tahun depan serta akan bertemu India esok untuk memburu slot ke final.
Piala Remaja Asia: Malaysia teruskan rentak kemenangan belasah tuan rumah
Malaysia kini menerajui Kumpulan B dengan enam mata daripada dua perlawanan dan akan menghadapi Bangladesh bagi perlawanan ketiga pada Sabtu ini.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
ACT Wanita: Malaysian Tigress bangkit, tundukkan Korea Selatan 2-1
Ia merupakan kemenangan pertama skuad negara selepas dua aksi pusingan round robin yang berkesudahan dengan tewas kepada India dan China.
ACT Wanita: Malaysian Tigress tewas kepada China 0-5
China yang memulakan aksi dengan garang membolosi gawang skuad negara pada minit ke-12 menerusi jaringan padang Yu Anhui.
ACT Wanita: Malaysian Tigress mula langkah kiri di India
Gawang negara bocor pada minit kelapan apabila Sangita Kumari memanfaatkan pukulan sudut penalti untuk meletakkan juara bertahan di depan 1-0.
Piala Mirnawan 2024: Malaysia Tigers benam Korea Selatan untuk muncul juara
Malaysia Tigers juara Kejohanan Hoki Piala Mirnawan 2024 kategori lelaki selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
SOJC: Tewas kepada Jepun, Young Tigers tamatkan saingan di tempat terakhir
Kejohanan yang berlangsung sejak 19 Okt itu menyaksikan Young Tigers gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam semua perlawanan.