KUALA LUMPUR: Skuad wanita negara meraih kemenangan sulung selepas menewaskan Switzerland 3-1 pada aksi keempat saingan liga sepusingan Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Tuanku Zara 2023 di Ipoh, Perak hari ini.
Pada pertembungan di Stadium Hoki Indera Mulia itu, pemain negara Iren Hussin meletakkan skuad bimbingan Mohd Badrul Hisham Osman selesa mendahului 2-0 selepas menjaringkan gol padang pada minit ke-15 sebelum menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-28.
Malaysia menambah derita pasukan lawan apabila menambah jaringan ketiga menerusi gol pukulan sudut penalti Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun pada minit ke-38, namun Switzerland berjaya menjaringkan gol sagu hati hasil pukulan sudut penalti Trosch Tamara seminit kemudian.
Bercakap selepas perlawanan, Mohd Badrul memuji kesungguhan yang ditunjukkan barisan pemainnya hingga mampu melakar kejutan ke atas Switzerland sekali gus meraih kemenangan pertama selepas empat perlawanan.
"Dengan rekod dimiliki Switzerland pada kejohanan ini, kami tidak jangka akan mencatat kemenangan ke atas mereka, namun pemain telah membuktikan mereka mampu untuk memberikan saingan kepada pasukan bertaraf dunia.
"Secara keseluruhan, pemain telah memberikan sehabis baik dan membuktikan kami mampu untuk meraih mata. Bertemu New Zealand esok, kami akan mengekalkan taktikal yang sama seperti hari ini dan berharap untuk meraih tiga mata lagi," katanya.
Terdahulu, Malaysia tewas 2-3 kepada Australia pada aksi ketiga yang berlangsung pada tengah hari tadi di venue sama.
Pasukan negara yang menduduki tempat kelima dengan mengumpul tiga mata, akan menentang New Zealand yang berada di kedudukan tercorot selepas mengutip satu mata pada aksi terakhir liga sepusingan di venue sama, esok.
Afrika Selatan berada di posisi teratas selepas mengumpul 12 mata diikuti Switzerland kedua (sembilan mata), Australia ketiga (enam mata) dan Namibia keempat dengan empat mata.
Sementara itu, dua gol dijaringkan Iren ketika menentang Switzerland membolehkan beliau berkongsi kedudukan teratas dalam carta penjaring terbanyak bersama pemain Afrika Selatan Fourie Tegan dan Philander Azaylee (Namibia) yang mengumpul enam gol setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023

Skuad wanita negara meraih kemenangan sulung selepas menewaskan Switzerland 3-1 pada aksi keempat saingan liga sepusingan Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Tuanku Zara 2023 di Ipoh, Perak hari ini. - Foto Facebook/MHC

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Skuad hoki dalam dewan wanita kejutkan Switzerland 3-1
Skuad wanita negara menewaskan Switzerland 3-1 pada aksi keempat saingan liga sepusingan Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Tuanku Zara 2023.

Sukan Asia: Skuad hoki wanita belasah Singapura 8-1
Skuad hoki wanita negara mengubat luka kekalahan terhadap India Jumaat lepas dengan membelasah Singapura 8-1 dalam aksi ketiga Kumpulan A temasya Sukan Asia Hangzhou 2022.

Badminton: Prestasi skuad muda membimbangkan, apa lagi seterusnya?
Kekalahan memalukan kepada Filipina dialami skuad wanita pada suku akhir seolah-olah memberi petanda bahawa temasya kali ini akan mengundang "bencana" kepada kem badminton negara di sini.

Hasrat Malayan Tigress mara ke separuh akhir lebur
Impian melihat skuad bola sepak wanita negara menghidupkan peluang ke saingan separuh akhir Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 terkubur.