PHNOM PENH: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.
Demikian perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan prestasi hambar skuad badminton negara pada temasya Sukan SEA 2023 yang melabuhkan tirainya hari ini.
Kekalahan memalukan kepada Filipina dialami skuad wanita kebangsaan dalam acara berpasukan pada peringkat suku akhir dengan keputusan 3-0 seolah-olah memberi petanda bahawa temasya kali ini akan mengundang "bencana" kepada kem badminton negara di sini.
Ternyata, sangkaan itu tidak meleset sama sekali apabila skuad badminton gagal menepati sasaran membawa pulang satu pingat emas diletakkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum temasya dwitahunan itu berlangsung.
Malaysia sebaliknya merangkul dua perak menerusi acara berpasukan lelaki dan gandingan beregu campuran - Yap Roy King-Cheng Su Yin - serta empat pingat gangsa oleh perseorangan lelaki - Leong Jun Hao dan Lee Shun Yang - selain beregu wanita Su Yin-Cheng Su Hui dan Lee Xin Jie-Low Yeen Yuan.
Pencapaian buruk skuad negara kali ini sekali gus mengulangi pencapaian pada edisi 2011 di Jakarta-Palembang, Indonesia, apabila mereka hanya memenangi satu perak menerusi acara berpasukan lelaki dan dua gangsa daripada acara berpasukan wanita dan beregu lelaki, Goh V Shem-Lim Khim Wah.
Pengurus pasukan badminton kebangsaan Mohd Taupik Hussain ketika ditemui mengakui kegagalan skuad wanita dalam acara berpasukan di sini selepas dikejutkan Filipina, minggu lepas.
Justeru, Mohd Taupik yang akan membentangkan laporan prestasi para pemain negara sejurus pulang ke Malaysia juga tidak menolak kemungkinan bahawa rombakan akan berlaku dalam kem badminton wanita kebangsaan susulan persembahan merudum dipamerkan dalam acara berpasukan di Dewan Badminton Morodok Techo.
Di sebalik aksi mengecewakan acara berpasukan di Kemboja, beliau memuji persembahan para pemain wanita dalam acara individu khususnya Su Yin-Su Hui dan Xin Jie-Yeen Yuan yang berjaya membutirkan gangsa sekali gus dapat mengubati sedikit luka yang sememangnya "memedihkan" bagi mereka di sini.
Bukan itu sahaja, beliau juga berbangga dengan prestasi dilakar pasukan lelaki kebangsaan apabila mereka tetap memberikan tentangan sengit biarpun tewas kepada sang juara, Indonesia 1-3 di pentas final, Khamis lepas serta pasangan beregu campuran, Roy King-Su Yin.
Walaupun baru digandingkan pada saat akhir menjelang Sukan SEA 2023, Roy King-Su Yin ternyata mempamerkan persembahan terpuji apabila dapat memberi tentangan sengit kepada pilihan utama dan pasangan ke-10 dunia dari Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati sebelum tumpas 22-20, 8-21, 16-21.
"Mereka telah berikan persembahan baik, namun apakan daya tuah bukan bersama kita," katanya ketika mengulas mengenai prestasi pasukan badminton lelaki dan Roy King-Su Yin.
Selain kualiti permainan yang perlu dipertingkatkan, aspek mental dan psikologi pemain juga seharusnya dititikberatkan lagi bagi memastikan mereka dapat beraksi dengan lebih tenang di atas gelanggang.
Ini dapat dilihat bahawa terdapat pemain negara yang mudah "koyak" pada saat-saat genting sekali gus menyebabkan hilang fokus dan menjejaskan prestasi mereka sehinggakan tumbang kepada pemain yang jauh lebih rendah daripada ranking mereka.
Tidak dinafikan, pemain mungkin telah bermain sehabis baik, namun barisan kejurulatihan serta pengurusan tertinggi BAM juga perlu bertanggungjawab terhadap episod suram di Kemboja.
Satu perubahan radikal wajar diambil kerana standard pemain negara dengan musuh tradisi Indonesia yang turut menampilkan skuad muda agak merungsingkan, malah jika pihak terlibat terus leka, tidak mengejutkan jika Vietnam dan Filipina pula mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pemain badminton negara pada masa depan.
Peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM) Michelle Chai baru-baru ini wajar dipuji kerana beliau sendiri mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan skuad badminton wanita biarpun Sukan SEA 2023 masih berlangsung ketika itu.
Malah, peminat sukan tanah air pastinya ternanti-nanti apakah akan ada tindakan selanjutnya daripada BAM yang mampu menyelamatkan kembali maruah skuad badminton kebangsaan di pentas dunia.
Lebih menyedihkan, kegagalan skuad badminton negara di Kemboja merupakan satu daripada detik hitam kontinjen negara yang mencatatkan pencapaian teruk dalam sejarah Sukan SEA di sini.
Malaysia menutup kempen di Phnom Penh dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas ditetapkan apabila hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa untuk menghuni tangga ketujuh keseluruhan di belakang Kemboja, Filipina dan Singapura.
Pada hari semua acara pingat berakhir semalam, pencapaian negara kali ini lebih mengecewakan, malah lebih buruk ketika temasya sama di Hanoi, Vietnam tahun lepas yang menyaksikan mereka berada pada kedudukan keenam keseluruhan dengan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023

Skuad badminton gagal menepati sasaran membawa pulang satu pingat emas diletakkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum temasya dwitahunan itu berlangsung. - Fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.