KUALA LUMPUR: Impian melihat skuad bola sepak wanita negara menghidupkan peluang ke saingan separuh akhir Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 terkubur apabila Malayan Tigress tewas 0-4 di tangan Thailand pada aksi keempat kumpulan A di Binan, Filipina malam ini.
Pada perlawanan di Stadium Bolasepak Binan itu, skuad wanita negara yang membawa misi mencatat keputusan seri terpaksa akur dengan kekuatan Thailand yang membuka jaringan pada minit ke-25 menerusi Ploychompoo Somnuek.
Bersambung babak kedua, skuad Gajah Putih mengukuhkan kedudukan apabila mencetak gol kedua menerusi jaringan Pattaranan Aupachai pada minit ke-54.
Tidak terhenti di situ, Thailand menambah koleksi gol pada minit ke-73 hasil jaringan U-Raiporn Yongkul dan berbaki empat minit wisel penamat, Nutwadee Pram-Nak pula menghadiahkan gol keempat buat pasukan itu.
Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Jacob Joseph mengumpul dua mata untuk berada di kedudukan keempat kumpulan A manakala Thailand memperoleh 10 mata di tempat kedua.
Malaysia akan meneruskan aksi pelengkap kumpulan berdepan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Australia pada Selasa depan selepas hanya mencatatkan dua seri dan dua kekalahan sepanjang empat perlawanan diharungi.
Dalam pada itu, pasukan tuan rumah Filipina terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan apabila menundukkan Indonesia 4-1 untuk mendahului kedudukan teratas kumpulan dengan mengumpul 12 mata.
Skuad B-23 Australia turut mencatat kemenangan 4-1 ke atas Singapura untuk berada di kedudukan ketiga kumpulan dengan mengumpul tujuh mata.
Pada edisi 2019, yang merupakan kali terakhir pertandingan itu dianjurkan, Malaysia gagal mara ke pusingan separuh akhir selepas menamatkan saingan kumpulan di kedudukan ketiga dengan mengumpul dua kemenangan daripada keseluruhan empat perlawanan.
Pencapaian terbaik pasukan wanita negara di Kejohanan AFF adalah pada edisi 2007 yang menyaksikan Malaysia mara sehingga ke peringkat separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 10 2022

Skuad wanita negara yang membawa misi mencatat keputusan seri terpaksa akur dengan kekuatan Thailand yang membuka jaringan pada minit ke-25. - Gambar/ FB FAM
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pan Gon buru tiga mata berdepan Vietnam, jamin slot separuh akhir
Kemenangan ke atas skuad Golden Star Warriors itu akan mengesahkan Malaysia melangkah ke separuh akhir.

Piala AFF: Harimau Malaya sasar permulaan sempurna di Yangon
Kemenangan pada pertembungan di Stadium Thuwunna itu cukup penting untuk menyuntik semangat dan keyakinan skuad Harimau Malaya.

AFF 2022: Kerjasama, disiplin faktor kejayaan skuad B-19 kebangsaan
Kerjasama dan disiplin merupakan dua elemen penting yang dimainkan dengan baik dalam perancangan untuk memastikan Malaysia menjuarai Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2

Hasrat Malayan Tigress mara ke separuh akhir lebur
Impian melihat skuad bola sepak wanita negara menghidupkan peluang ke saingan separuh akhir Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 terkubur.

Sasaran separuh akhir buat Skuad B-19 negara
Selepas sasaran tercapai, Skuad B-19 negara diharap akan meneruskan momentum kemenangan untuk melangkah ke final.

Skuad Harimauwati Malaya jalani latihan di Bangladesh
Ia sebagai persediaan mengharungi Kejohanan Bolasepak Wanita Persekutuan Bola sepak Asean (AFF) 2022 di Filipina, Julai ini.

Kalah kepada Laos: Bukan tamparan tapi 'kedegilan' - Kim Swee
Ong Kim Swee berkata tanpa pemain utama beraksi di kejohanan tersebut, cabaran dari negara seperti Laos, Kemboja, Timor Leste dan Filipina tidak boleh lagi dipandang rendah.