KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak lelaki bawah 19 tahun (B-19) kebangsaan ditetapkan sasaran mara ke separuh akhir pada Kejuaraan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Jakarta, Indonesia bermula dari 2 hingga 15 Julai ini.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata selepas sasaran itu tercapai, pihaknya berharap agar Skuad B-19 negara akan meneruskan momentum kemenangan untuk melangkah ke final.
"Pasukan negara juga diingatkan supaya menepis setiap tohmahan negatif dengan mempamerkan permainan yang membanggakan nanti," katanya menerusi satu kenyataan.
Skuad muda negara itu dijadual berlepas ke Jakarta pada Khamis ini.
Hamidin turut mengingatkan setiap pemain yang menyarung jersi kebangsaan untuk memanfaatkan peluang dengan sebaiknya, dengan meletakkan misi untuk mencipta kejayaan demi Malaysia dan bukan bersifat peribadi.
Sementara itu, beliau berkata meskipun skuad wanita kebangsaan tidak mencatat kemenangan menentang Bangladesh pada dua aksi persahabatan di Dhaka baru-baru ini, Hamidin mengakui skuad Malayan Tigress menunjukkan peningkatan prestasi.
"(Selepas dibelasah 0-6 pada aksi pertama), saya tengok ada peningkatan (untuk mengikat Bangladesh 0-0), tetapi belum cukup kerana masih ada kelompongan perlu kita baiki segera. Ini kerana kita perlu mengkaji siapa lawan kita dan perlu sentiasa peka posisi pihak lawan, tahu tanggungjawab posisi kita serta pantas bertindak.
Bukan mudah untuk kita terpilih menyarungkan jersi negara dan pastinya terlalu banyak pengorbanan yang sudah dilalui, gunakan kepercayaan ini untuk beraksi dengan baik sekali gus menjulang nama negara," katanya.
Skuad Malayan Tigress dijadual berlepas ke Manila pada 1 Julai ini untuk beraksi pada saingan Kejuaraan Wanita AFF 2022 di Binan City, yang berlangsung dari 4 hingga 12 Julai.
Terdahulu, pada Selasa, Hamidin mengadakan pertemuan dengan skuad B-19 dan wanita kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022

Hamidin mengingatkan pemain kebangsaan untuk memanfaatkan peluang dengan sebaiknya, dengan meletakkan misi untuk mencipta kejayaan demi Malaysia dan bukan bersifat peribadi. - Gambar fail/Bernama
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.

Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.

Joehari bakal jadi Presiden FAM baharu
Naib Presiden FAM Datuk Joehari Mohd Ayob bakal diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden FAM menggantikan tempat Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

FAM manfaat dana RM30 juta tingkat program pembangunan skuad kebangsaan - Hamidin
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji untuk memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri.

Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.

Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.

Hamidin tidak pertahan jawatan Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam Kongres FAM awal tahun depan.

Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.

'Sebelum ini mustahil, tapi saya mula yakin wakili Harimau Malaya' - Mats Deijl
Pemain pertahanan kelab Liga Eredivise, Go Ahead Eagles, Mats Deijl teruja mahu menyertai Harimau Malaya.

Presiden FAM terima Darjah Kebesaran, kini bergelar Tan Sri Hamidin
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin hari ini dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.