KUALA LUMPUR: Seandainya jodoh Tan Cheng Hoe dan pasukan negara tidak panjang, pengurusan skuad kebangsaan perlu memikirkan dan menilai sebaik-baiknya sebelum melantik ketua jurulatih baharu.
Gesaan itu dibuat bekas pengendali skuad kebangsaan B. Sathianathan, yang menyifatkan pengambilan ketua jurulatih ibarat satu perjudian.
Namun, beliau yang membimbing pasukan negara dari 2007-2009 berkata proses pelantikan perlu dibuat secara teliti, dengan mengambil kira pelbagai aspek terutamanya harga tinggi yang perlu dibelanjakan untuk mendapatkan jurulatih dan kemajuan yang positif.
Menurut Sathianathan, mengambil contoh ketua jurulatih Vietnam Park Hang-seo, pengendali kelahiran Korea Selatan itu dikatakan menerima gaji mencecah RM230,000 sebulan, yang separuh daripada jumlah itu ditanggung Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF).
"Apa yang saya dengar AS$55,000 sebulan tanpa cukai tanpa apa-apa. Di Vietnam persekutuan bayar setengah, pengurus pasukan atau naib presiden skuad itu bayar setengah. Itu baru gaji beliau belum lagi pembantunya," kata beliau ketika dihubungi Bernama.
"Di Malaysia ada orang nak tolong FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) tak?. Siapa yang akan bantu FAM cari dana sebegitu besar untuk mendapatkan seseorang jurulatih?," kata bekas jurulatih pasukan Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Selangor, itu yang pernah memenangi Piala Malaysia 2010.
Media Vietnam memetik laporan Agensi Berita Vietnam (VNA) yang memaklumkan gaji Hang-seo tidak didedahkan, tetapi dilaporkan sekitar USD$50,000 sebulan sekali gus menjadikan beliau ketua jurulatih skuad kebangsaan yang menerima bayaran tertinggi, dalam sejarah negara itu.
Nama Cheng Hoe kini hangat diperkatakan susulan kemerosotan prestasi skuad Harimau Malaya dengan kemuncaknya pada kempen Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura, yang menyaksikan pasukan negara tersingkir seawal peringkat kumpulan.
Media tempatan turut melaporkan nasib pengendali berusia 53 tahun itu yang mempunyai kontrak sehingga penghujung 2022, akan ditentukan Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan selepas menilai laporan lengkap mengenai prestasi pasukan.
Ia sekali gus menimbulkan teka-teki sama ada Cheng Hoe akan kekal mengemudi skuad Harimau Malaya, menjelang misi getir melayakkan diri ke Piala Asia 2023 pada pusingan kelayakan, Jun tahun depan.
Prestasi terbaik skuad kebangsaan di bawah Cheng Hoe adalah pada musim 2019 apabila pasukan negara merekodkan sembilan kemenangan dalam keseluruhan 13 perlawanan, termasuk aksi persahabatan Tier 1 dengan empat daripadanya menewaskan pasukan di ranking lebih tinggi pada ketika itu.
Sathianathan pada masa sama melihat pengambilan jurulatih dari Korea Selatan dan Jepun menjadi trend di rantau Asia Tenggara, dengan Indonesia turut dibimbing Shin Tae-yong yang merupakan jurulatih dari negara itu sementara Kemboja dan Singapura menggunakan khidmat jurulatih dari Jepun.
Beliau berkata antara mereka ada yang lebih cenderung untuk memulakan misi mengubah struktur bola sepak sesebuah negara itu melalui skuad lebih muda, yang dibarisi pemain Bawah 23 Tahun (B-23) sebelum secara perlahan-lahan mengambil alih tugas bersama skuad kebangsaan.
Malah tempoh dan 'kebebasan' yang diberikan Vietnam kepada Hang-seo untuk membawa skuad Naga Emas sehingga menjadi pasukan terbaik di rantau ini, selain mampu bersaing di pentas Asia wajar dicontohi.
Justeru pengendali berusia 63 tahun itu berkata autoriti dalam menentukan keseluruhan perancangan skuad kebangsaan termasuk pemilihan pemain dan jurulatih, selain cara permainan perlu diberikan kepada ketua jurulatih, jika FAM berhasrat mendapatkan calon baharu.
"Dia (ketua jurulatih) ada rancangan jangka panjang. Kita kena dapatkan calon betul-betul hebat, betul-betul sesuai dengan kelayakan untuk bawa skuad kebangsaan dan kena sabar. Pemilihan (pemain) terpulang kepada jurulatih itu, cara apa dia nak bawa dan cara kendaliannya.
"Saya terima kalau jurulatih asing yang betul-betul layak, tetapi kita kena lihat dari sudut pembayaran gaji. Memang kalau permohonan dibuka ramai akan mohon, semua kata dia handal, ada juga yang tak pernah bawa pasukan pun akan mohon asalkan dia dari Brazil, Itali atau Perancis," katanya.
Sementara itu, Sathianathan yang juga Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) mencadangkan supaya, pemilihan ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan selepas ini ditentukan pakar berkemahiran dalam bidang bola sepak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 25 2021

B. Sathianathan menyifatkan pengambilan ketua jurulatih ibarat satu perjudian. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.