ANAK kepada bekas Perdana Menteri Qatar, Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani menyerahkan tawaran terakhirnya untuk membeli Manchester United sejurus sebelum tarikh tutup bidaan pada Jumaat.
Menurut sumber kepada Reuters, selain memberikan tawaran nilai untuk membeli kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris itu, Sheikh Jassim juga turut mengemukakan rancangan tambahan pelaburan modal dan infrastruktur.
Sumber itu menambah bahawa bidaan itu 100 peratus untuk kelab dan akan menghapuskan semua hutang.
Manchester United dan bank pelaburan yang menjalankan proses pembidaan, Raine Group masih belum memberikan sebarang kenyataan apabila diminta memberi reaksi berhubung perkara berkenaan kepada Reuters.
Tiada butiran kewangan bagi bidaan akhir telah didedahkan secara rasmi.
Pemilik Manchester United dari Amerika Syarikat itu melancarkan proses jualan rasmi kelab pada penghujung tahun lalu dan menerima beberapa tawaran termasuk dari jutawan British, Jim Ratchliffe, pengasas pengeluar bahan kimia INEOS dan ahli perniagaan Finland, Thomas Zilliacus.
Sky Sports News melaporkan bahawa bidaan Ratcliffe untuk pegangan majoriti dalam Manchester United juga telah dikemukakan.
Menurut analisis oleh Deloitte, United adalah kelab bola sepak keempat terkaya di dunia dan merupakan salah satu aset yang paling berharga dalam semua sukan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 29 2023
Menurut analisis Deloitte, Manchester United adalah kelab bola sepak keempat terkaya di dunia dan merupakan salah satu aset yang paling berharga dalam semua sukan. - Foto Sinar Harian
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook
Datuk Ramli Mohd Nor mendapati hantaran pemilik akaun itu sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
AWANI Ringkas: Pan-Gon letak jawatan | Ini pandangan peribadi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin'
Perlawanan itu seri tanpa jaringan menuju ke masa kecederaan sebelum Noah Holm menemui jaringan dengan berbaki beberapa saat.
Manchester United sambar Zirkzee
Zirkzee bersetuju menandatangani kontrak lima tahun dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu termasuk pilihan lanjutan 12 bulan lagi.
Saya akan 'menikmati' masa dalam penjara - Patrice Evra
Evra kelihatan tidak mengendahkan situasi itu ketika dia menari di sekeliling gelanggang bola keranjang seolah-olah berada di dalam penjara.
EPL: Jonny Evans lanjut kontrak setahun lagi di Manchester United
JONNY Evans melanjut tempohnya di Manchester United sehingga penghujung musim depan selepas menandatangani kontrak lanjutan setahun.
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
EPL: Erik ten Hag gembira lanjut kontrak di Manchester United
Manchester United mengesahkan Erik ten Hag telah menandatangani lanjutan kontrak yang akan bertahan hingga penghujung musim 2025-26.
Hasrat Dan Ashworth sertai Manchester United tercapai
Manchester United telah memuktamadkan pelantikan Dan Ashworth sebagai pengarah sukan baharu.
EPL: Man Utd kurang senang Erik ten Hag 'mulut tempayan'
Erik ten Hag dilaporkan telah menyinggung perasaan pihak atasan di Manchester United berikutan pendedahan mengenai rundingan mereka di Ibiza.
Ten Hag sahkan Manchester United cari pengurus lain
Pada akhirnya kelab itu membuat kesimpulan bahawa mereka mempunyai jurulatih terbaik, kata Ten Hag merujuk pada diri beliau.
EPL: Jadon Sancho akan dijual, Man Utd cari pemain baru
Menerusi perbincangan yang diadakan, pemain berusia 24 tahun itu tetap akan dijual musim panas ini.