PATRICE Evra membalas laporan sensasi mendakwa dia dijatuhkan hukuman penjara yang ditangguhkan kerana meninggalkan keluarganya dengan memuat naik video di media sosial yang menunjukkan dia memakai gari dan mengenakan pakaian penjara.
Hakim di Paris memutuskan bahawa bekas pemain pertahanan Manchester United itu gagal membayar hampir GBP1 juta (RM5.9 juta) sebagai nafkah kepada isterinya, Sandra Evra, dan secara efektif meninggalkannya dan dua anak kecil mereka antara 1 Mei 2021 dan 28 September 2023.
Peguam Evra, yang bersara daripada bola sepak pada 2019, mengesahkan bahawa rayuan telah segera dilancarkan selepas keputusan itu dijatuhkan.
Evra, 43, dijatuhi hukuman 12 bulan, digantung selama dua tahun, dan diperintahkan membayar isterinya EURO4,000 untuk ganti rugi moral dan EURO2,000 untuk kos guaman.
Menerusi media sosial selepas berita itu tersiar, Evra kelihatan tidak mengendahkan situasi itu dengan menari di sekeliling gelanggang bola keranjang seolah-olah berada di dalam penjara.
Dalam video itu, yang diberi kapsyen 'Biar saya tutup berita sampah ini. Lihatlah betapa saya sangat menikmati diri saya di penjara', bekas kapten Perancis itu juga memakai rambut palsu afro, pakaian penjara berwarna oren, kalung besar dengan tanda dolar dan gril gigi emas. - Stadium Astro
Astro Arena
Sun Jul 14 2024

Evra kelihatan tidak mengendahkan situasi itu dengan menari di sekeliling gelanggang bola keranjang seolah-olah berada di dalam penjara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews

Saya akan 'menikmati' masa dalam penjara - Patrice Evra
Evra kelihatan tidak mengendahkan situasi itu ketika dia menari di sekeliling gelanggang bola keranjang seolah-olah berada di dalam penjara.

Abaikan keluarga: Bekas kapten Manchester United, Patrice Evra dihukum penjara
Evra didapati bersalah kerana mengabaikan keluarganya selama dua tahun sejak dari 2021 hingga 2023.

Evra tidak terkejut jika Ronaldo ambil keputusan bersara
Cristiano Ronaldo mungkin memutuskan untuk menamatkan karier bermainnya selepas melihat impiannya untuk memenangi Piala Dunia musnah,

Main ping pong pun dia tak mahu kalah! - Evra ceritakan perangai Ronaldo
Bekas rakan sepasukannya di Manchester United Patrice Evra menyifatkan Ronaldo seorang yang sentiasa mengejar kesempurnaan dan benci dengan kekalahan.