Pemilik lima kali Ballon d'Or yang bakal berusia 41 tahun menjelang Piala Dunia di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico tahun depan.
Oleh itu, ia berkemungkinan menjadi peluang terakhir Ronaldo untuk memenangi pertandingan itu selepas lima percubaannya di sebalik mengecapi kejuaraan EURO 2016 serta Liga Negara-Negara UEFA (UNL) 2019.
Skuad kendalian Roberto Martinez itu masih dalam saingan untuk memenangi UNL tahun ini tatkala mereka bersiap sedia untuk berentap dengan Denmark dalam dua perlawanan peringkat suku akhir.
Lantaran itu, Dalot berharap dia berkesempatan memenangi lebih banyak gelaran di peringkat antarabangsa di samping bekas rakan sepasukannya di Manchester United itu.
"Jelas sekali adalah sukar untuk mencari kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan Cristiano," katanya.
"Bagi saya dan saya percaya untuk orang lain juga, adalah menjadi satu keistimewaan untuk terus memilikinya dalam pasukan kebangsaan, untuk berkongsi detik dan menyerap pengalaman kariernya. Timbul semangat untuk melihat dia memenangi pertandingan utama bersama Portugal.
"Cinta yang ditunjukkannya sepanjang kariernya tidak boleh dipertikaikan dan bagi kami -- menggunakan itu sebagai contoh -- akan menjadi cerita yang indah untuk melihat dia memenangi sebanyak mungkin pertandingan bersama Portugal. Saya percaya setiap pemain mendambakan gelaran itu."
