SERENA Williams membuat penampilan semula yang ditunggu-tunggu di gelanggang tanah liat dengan kemenangan 7-6 (7-4) 6-4 ke atas Kristyna Pliskova dalam Terbuka Perancis, awal hari ini.
Pertembungan pusingan pertama dalam Roland Garros itu adalah kemunculan sulung Serena di permukaan itu sejak 2016 dan penampilan pertamanya dalam kejohanan besar sejak memenangi Terbuka Australia 2017 selepas melahirkan anak.
Dan walaupun aksinya tumpul pada awalnya, juara 23 kali kejohanan utama itu melakukan cukup baik untuk memastikan laluannya dalam pusingan kedua menentang pemain Australia, Ashleigh Barty.
"Saya fikir perlawanan ini berjalan lancar," kata Serena mengenai prestasinya. "Ia bukan satu perlawanan yang mudah kerana terlalu banyak ace. Saya perlu servis dengan baik hari ini.
"Saya perlu benar-benar bermain dengan bijak. Saya berhempas pulas untuk mendapatkan rentak. Tetapi secara keseluruhan, saya pasti gembira dengan gaya persembahan saya.
"Dua tahun adalah masa yang sangat lama tetapi saya gigih berlatih di tanah liat dan saya berasa baik."
Juara dua kali, Maria Sharapova, pula memerlukan tiga set 6-1, 4-6, 6-3 untuk mengatasi pemain dari Belanda, Richel Hogenkamp, bagi meneruskan kemaraan.
Sementara itu, Garbine Muguruza meraih keputusan straight set 7-6 (7-0) 6-2 ke atas Svetlana Kuznetsova.
Astro Arena
Wed May 30 2018

Serena Williams ketika bermain mengalahkan Kristyna Pliskova dalam Terbuka Perancis, 29 Mei, 2018. REUTERS
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Tenis Terbuka Barcelona: Carlos Alcaraz beri amaran awal tawan gelanggang tanah liat
Alcaraz meraih satu lagi kemenangan ke atas Stefanos Tsitsipas untuk kembali merangkul gelaran Terbuka Barcelona.

Terbuka Perancis: Murray sahkan tidak ambil bahagian
Murray mengalami masalah yang teruk dengan kecederaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Terbuka Stutgart: Kejayaan tanah liat pertama Bencic selepas dua tahun
Pemain nombor 12 dunia itu meraih kemenangan 6-4, 6-2 ke atas pemain kelayakan berusia 17 tahun itu yang menyelamatkan lima mata perlawanan dalam servis terakhirnya.

Serena kembali ke tanah liat, Sharapova dipaksa bekerja keras
Pertembungan pusingan pertama dalam Roland Garros itu kemunculan sulung Serena di permukaan itu sejak 2016 dan penampilan pertamanya dalam kejohanan besar sejak memenangi Terbuka Australia 2017.