MELAKA: Senarai akhir bagi kontinjen negara ke temasya Tokyo 2020 dijangka diketahui awal Julai berikutan pusingan kelayakan bagi beberapa acara sukan melibatkan atlet Malaysia masih berlangsung hingga Jun.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata proses kelayakan bagi Olimpik dan Paralimpik masih berterusan susulan banyak kejohanan di peringkat antarabangsa tertangguh disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Beliau berkata proses kelayakan itu juga bergantung kepada persatuan-persatuan sukan antarabangsa disebabkan mereka bergelut untuk menjalankan pertandingan termasuk ada yang terpaksa membatalkan kejohanan dan mengambil kira markah lama yang menyebabkan ada atlet negara terlepas peluang untuk beraksi di Olimpik.
"Seperti sukan badminton, masih menunggu dua kejohanan akhir ialah Terbuka Malaysia dan Terbuka Singapura manakala bagi acara terjun, beberapa atlet kita telah berlepas ke Tokyo, Jepun untuk proses kelayakan terakhir ke Olimpik," katanya ketika ditemui pemberita di Seri Negeri di sini pada Selasa.
Terdahulu, beliau mengiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyempurnakan pelepasan Jelajah Sokongan Kontinjen Road To Tokyo 2020.
Ahmad Shapawi berkata sasaran awal seramai 33 atlet lagi akan layak ke temasya Olimpik dan Paralimpik sehingga tamat proses kelayakan akhir namun beberapa sukan telah terlepas menempah slot antaranya daripada acara menembak dan lawan pedang.
Mengulas lanjut, beliau berkata kontinjen negara juga bersedia sekiranya pasukan hoki lelaki di bawah kendalian ketua jurulatih Arul Selvaraj dipanggil pada saat akhir untuk menggantikan negara lain yang menarik diri.
"Pasukan hoki kita merupakan pasukan simpanan utama dan terdapat ura-ura mengatakan Afrika Selatan bakal menarik diri disebabkan ada kekangan namun, kita hanya menunggu sehingga ada pengesahan sama ada mereka benar-benar tidak akan menghantar wakil ke temasya itu.
"Pasukan ini telah menjalani latihan pusat sejak Jun tahun lepas untuk persediaan menghadapi kejohanan antarabangsa termasuk perlawanan persahabatan dengan Great Britain dan Jepun yang beraksi di Olimpik, jika kita layak, kita bersedia untuk ke sana," katanya.
Setakat ini, seramai 12 atlet negara berjaya menempatkan diri dalam beberapa acara antaranya berbasikal, gimnastik artistik, memanah, pelayaran dan terjun manakala 14 atlet paralimpik layak dalam tujuh disiplin sukan iaitu olahraga, angkat berat, badminton, berbasikal, memanah, boccia dan renang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 27 2021

Ahmad Shapawi berkata proses kelayakan bagi Olimpik dan Paralimpik masih berterusan susulan banyak kejohanan di peringkat antarabangsa tertangguh disebabkan pandemik COVID-19. - fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih
Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo.

Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.

Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny

Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api
Acara kemuncak tersebut ialah perarakan atlet dengan 10 orang mewakili kontinjen negara dengan Malaysia merupakan kontinjen ke-139 memasuki stadium yang mampu menempatkan 68,000 penonton.

Paralimpik Tokyo: Tak kira apa keputusannya, anda tetap wira untuk Malaysia - PM Ismail Sabri
Beliau juga berdoa agar Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo dan lagu Negaraku turut berkumandang di sana bagi meraikan kejayaan mereka.

Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga berlepas ke Paralimpik Tokyo
Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016 mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.

Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara
Kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.

Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet
Kes pertama COVID-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.
![[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya [PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629355286_TBSTUDENT.jpg)
[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya
Mungkin kita boleh lihat prestasi kontinjen China dalam Sukan Olimpik Tokyo sebagai satu sudut untuk mengenali pembangunan kekuatan fizikal rakyat negara itu dan dari aspek hak asasi.

Nama Azizulhasni terpahat lagi dalam Malaysia Book of Records
Diiktiraf selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.