SEPANG: Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016 Abdul Latif Romly, Muhammad Ziyad Zokefli dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo, Jepun, malam ini.
Mereka merupakan sebahagian daripada 28 ahli kontinjen negara ke Tokyo hari ini melibatkan 11 atlet dan 11 jurulatih selain Naib Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Muhd Iqbal Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli serta empat pegawainya.
Kumpulan terbesar kontinjen negara itu bertolak pada jam 10.50 malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menerusi pesawat Japan Airlines dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo pada jam 7.05 pagi waktu tempatan esok (6.05 pagi waktu Malaysia).
Barisan atlet lain yang berlepas pada hari ini ialah Wong Kar Gee, Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin (olahraga para); S. Suresh, Wiro Julin (memanah); Bonnie Bunyau Gustin, Jong Yee Khie (powerlifting); Chew Wei Lun (boccia) dan Abu Samah Borhan (tenis kerusi roda).
Turut hadir memberikan sokongan ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk M Noor Azman Taib dan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Mohd Zuki dalam ucapannya mahu atlet luar biasa berkenaan untuk membuktikan pencapaian Rio 2016 bukanlah nasib semata-mata tetapi meneruskan kejayaan itu di Tokyo bagi membuktikan mereka mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Beliau juga berharap agar kontinjen negara dapat membawa semangat skuad Olimpik Tokyo yang menyaksikan jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul perak dalam acara keirin dan gangsa menerusi gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam acara badminton beregu lelaki baru-baru ini.
Khamis lalu, kumpulan pertama terdiri daripada dua pegawai dan lima atlet berbasikal berlepas manakala kumpulan kedua melibatkan 15 individu diketuai Ketua Kontinjen Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin bersama skuad renang, ping pong, Pengarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Sofian Hamzah serta staf ISN berlepas pada sebelah malam.
Tiga orang dari skuad badminton yang merupakan kumpulan keempat dan terakhir dijangka bertolak pada Selasa.
Malaysia akan diwakili 22 atlet para dalam sembilan jenis sukan pada Paralimpik kali ini, selepas berjaya meraih tiga pingat emas dan sebutir gangsa, kesemuanya menerusi olahraga pada edisi lepas di Rio 2016, yang juga merupakan pencapaian terbaik kontinjen Malaysia di temasya itu sejak 1972.
Bagi edisi kali ini, kontinjen negara diletakkan sasaran untuk membawa pulang tiga pingat emas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 21 2021

Kontinjen Paralimpik yang akan ke Temasya Sukan Paralimpik 2020 Tokyo bergambar sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga berlepas ke Paralimpik Tokyo
Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016 mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.