KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini dianugerahkan dengan satu catatan rekod di dalam Malaysia Book of Records (MBR) selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.
Penghargaan yang diterima hari ini merupakan ketiga dalam kerjaya beliau selepas direkodkan sebagai rakyat Malaysia pertama memenangi gangsa dalam Sukan Olimpik di Olimpik Rio 2016 dan warga Malaysia pertama memenangi emas di dalam acara berbasikal trek Kejohanan Dunia 2017.
Pada penyampaian sijil MBR yang berlangsung secara maya dalam halaman Facebook MBR hari ini, Mohd Azizulhasni yang juga dikenali sebagai "The Pocket Rocketman" berkata beliau berharap kejayaan cemerlang dikecapinya menjadi inspirasi buat atlet lain untuk mencapai kejayaan yang sama.
"Saya sungguh gembira dengan penghormatan ini dan ini bermakna saya perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan satu lagi pingat dalam tiga tahun seterusnya, dalam (Olimpik) Paris 2024," kata atlet berusia 33 tahun dari Dungun, Terengganu itu.
Anugerah itu disampaikan Ketua Pegawai Operasi MBR Christopher Wong dalam siaran langsung itu dengan menunjukkan satu sijil penghargaan sebagai simbolik penyampaian anugerah berkenaan.
"Saya memohon maaf kerana perlu memaklumkan jika anda mahukan satu lagi rekod daripada MBR anda perlu mendapatkan emas itu," kata Wong.
BACA: Tokyo 2020: Khatam sehari sebelum acara keirin, Al-Quran rahsia ketenangan Azizulhasni
BACA: Tokyo 2020: Azizulhasni di antara 'sabotaj' Glaetzer dan perjudian Kenny
Sementara itu, Pengasas MBR Tan Sri Danny Ooi berkata Mohd Azizulhasni berhak ke atas penghargaan itu berdasarkan pencapaian cemerlangnya.
"Saya ucapkan tahniah atas dua perkara, satu ialah gelaran 'Datuk' yang diterima dan lagi satu kerana memenangi pingat perak di Tokyo, itulah sinar yang anda bawa kepada rakyat Malaysia pada hari itu," katanya.
Terdahulu dalam sesi langsung itu, Mohd Azizulhasni juga berkongsi kisah perjalanan hidupnya dan cerita di sebalik basikal yang digunakan semasa beraksi di Tokyo.
Mohd Azizulhasni memperoleh perak dalam final acara keirin yang berlangsung di Izu Velodrom, Shizuoka, Ahad lepas dan muncul sebagai atlet berbasikal trek negara paling berjaya - memenangi sebutir perak dan satu gangsa dalam empat kemunculan berturut-turut di Olimpik sejak edisi Beijing 2008.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 15 2021

Azizulhasni memperoleh perak dalam final acara keirin yang berlangsung di Izu Velodrom, Shizuoka, Ahad lepas dan muncul sebagai atlet berbasikal trek negara paling berjaya. - Gambar fail/KBS
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.