SEPANG: Pemergian bapa tercinta sehari sebelum Nik Akif Syahiran Nik Mat berlepas ke Ulaanbaatar, Mongolia bagi menyertai pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2022, tidak melunturkan semangatnya untuk membantu pasukan negara melakar kejayaan pada perlawanan yang bermula hujung bulan ini.
Pemain skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan itu, berkata beliau mahu menunaikan hasrat arwah bapa yang mahu melihatnya berjaya sebagai pemain skuad kebangsaan terutama pada saingan kelayakan dari 25 hingga 31 Okt ini.
"Bagi saya, ini impian ayah untuk tengok saya berjaya. Saya kena tunaikan janji untuk jadi pemain terbaik, harap ayah tenang di sana," kata pemain Terengganu FC itu sebelum berlepas ke Mongolia bersama rakan sepasukannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam.
Bapanya, Nik Mat Nik Yusof, 50, meninggal dunia selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kuala Krai, Kelantan, pagi Selasa.
Sementara itu, Nik Akif yang bergegas pulang ke Kelantan tengah hari Selasa untuk menatap wajah arwah bapanya buat kali terakhir sebelum dikebumikan pada malamnya, berjanji akan menjaga keluarganya sebaik mungkin selepas ini.
Pemain berusia 22 tahun itu juga berharap dapat menggunakan pengalaman beraksi pada pusingan kelayakan dalam saingan yang sama dua tahun lepas, untuk tampil lebih cemerlang pada aksi di Mongolia nanti.
Sementara itu, ketua jurulatih Brad Maloney berkata pasukannya sentiasa ada di belakang menyokong Nik Akif bagi memastikan pemain itu mampu melalui detik-detik sukar yang melandanya ketika ini.
Dalam pada itu, pengurus pasukan Datuk Posa Majais yakin skuad B-22 cukup bersemangat untuk mencipta kejutan di Mongolia susulan persembahan memberangsangkan ditampilkan pada tiga perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Malaysia baru-baru ini.
Walaupun tewas 1-2 dalam aksi pertama menentang juara Liga Premier, Negeri Sembilan FC pada 12 Okt, skuad kebangsaan bangkit mencipta kemenangan ketika berdepan pasukan Liga Super, Penang FC dengan kemenangan 2-1 pada Jumaat lepas dan mengejutkan Kedah Darul Aman FC, 2-0 pada Isnin lepas.
Pada kempen kelayakan itu nanti, Malaysia diundi dalam Kumpulan J bersama Laos, Mongolia selaku tuan rumah dan Thailand, dengan kesemua aksi akan berlangsung di Stadium Persekutuan Bola Sepak Mongolia (MFF) di Ulaanbaatar.
Malaysia akan bertemu Laos pada 25 Okt, Mongolia (28 Okt) dan Thailand (31 Okt) dalam usaha memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021

Nik Akif ditemui pemberita di KLIA sebelum menyertai skuad B-22 kebangsaan berlepas ke Mongolia malam tadi bagi menghadapi saingan Kumpulan J pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2022. --fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Semangat Nik Akif masih kental meskipun kehilangan bapa tercinta
Beliau mahu menunaikan hasrat arwah bapa yang mahu melihatnya berjaya sebagai pemain skuad kebangsaan.

Kelantan mahu ulangi kemenangan ke atas Kuala Lumpur
Kebanyakan rakan pasukannya akan menghadapi pengalaman pertama beraksi ketika bulan puasa, namun mereka yakin mampu memperoleh tiga mata penuh pada perlawanan tersebut.

Latihan taktikal fokus utama Kim Swee sebelum hadapi Iraq
Datuk Ong Kim Swee akan memberi fokus kepada latihan taktikal menjelang aksi pembukaan Kumpulan C berdepan Iraq pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia B-23 2018.