PETALING JAYA: Pemain pertahanan kiri Penang FC Muhammad Adib Abdul Ra'op yang buat julung kali dipanggil ke kem latihan pusat pasukan negara tidak menyangka kelibatnya telah lama dipantau Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon.
Muhammad Adib yang sangat teruja dengan pengalaman baharu dilaluinya bersama pasukan negara berkata selama ini beliau hanya bermain untuk Penang FC tanpa mengetahui persembahannya berjaya menarik minat Pan Gon.
"Saya tak sangka (diperhatikan Pan Gon) sebab saya rasa saya cuma bermain di Penang FC, saya tak rasa orang pandang saya. Apa yang penting (kini) saya kena buat terbaik," katanya ketika ditemui sebelum sesi latihan pasukan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya di sini, pada Khamis.
Sebelum ini, Pan Gon berkata beliau sudah mengikuti rapat perkembangan Muhammad Adib sejak semusim lalu, selain menyifatkan pemain berusia 25 tahun itu mempunyai kelebihan tersendiri yang diperlukan pasukan.
Pada masa sama, Muhammad Adib yang turut mampu bermain di posisi sayap enggan mensia-siakan peluang keemasan ini untuk merebut tempat dalam skuad akhir dan cuba meraih penampilan antarabangsa pertama.
"Kalau dia (Pan Gon) bagi peluang sekarang saya kena ambil peluang itu dan saya kena pegang terus peluang itu, saya terus kena tunjuk yang umur 25 saya kena tunjuk lah sebab ramai pemain lagi muda daripada saya dah main dengan pasukan negara," katanya.
Dalam pada itu, bekas pemain Perak FC itu mengakui sangat berbangga apabila mengetahui namanya tersenarai dalam kem latihan pusat kali ini.
"Saya sangat gembira dengan berita itu, saya rasa ini semua berkat doa ibu bapa, kawan-kawan, pasukan. Saya (juga) patut ucap terima kasih kepada Kim Pan Gon kerana nampak saya.
"Mak dan ayah sangat bangga, mereka tak pernah sangka benda ini, tapi mereka kata (pesan) usaha, doa dan solat jangan tinggal," katanya.
Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov di Bishkek pada 6 Jun, sebelum menutup kempen saingan Kumpulan D dengan menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun.
Selepas empat perlawanan, Malaysia berada di posisi ketiga kumpulan dengan enam mata sementara Kyrgyzstan sebagai pendahulu, berkongsi sembilan mata dengan Oman di tempat kedua manakala Taiwan tercorot tanpa mata.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024
Muhammad Adib mengakui sangat berbangga apabila mengetahui namanya tersenarai dalam kem latihan pusat kali ini. - Foto BERNAMA
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.